Thursday, January 06, 2011

Apa & Siapa Sabotaj K/S'ngor? -Khalid Samad


SHAH ALAM, 6 Jan 11: Apa dan siapa mensabotaj MB dan Kerajaan Selangor?

Menurut Khalid Samad, tidak memaklumkan perkembangan semasa urusan lantikan oleh penyandang jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) terseut bulan lalu, adalah antara penyebab timbulnya isu pelantikan SUK Negeri sekarang . Dipercayaai, itulah sabotaj terhadap Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Khalid Samad (gambar) berkata begitu berdasarkan maklumat diperoleh beliau, bekas SUK Negeri Datuk Ramli Mahmud telah mengetahui yang nama Datuk Mohd Khusrin Munawi sudah pun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan ia telah menerima perkenan oleh baginda awal Disember lalu.

Khusrin diletakkan sebagai nama teratas dalam senarai kerajaan persekutuan yang dibawa kepada Sultan Selangor menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu. Katanya, seolah-olah ada unsur mahu melaga-lagakan pentadbiran kerajaan negeri dengan Sultan Selangor termasuk bagi menggambarkan bahawa Khalid telah lewat bertindak dalam mengemukakan nama calon kepada istana.

Bagaimanapun perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada Khalid sehingga Menteri Besar sendiri terkejut dengan makluman pelantikan, yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember.

“Pada mesyuarat Exco 16 Disember 2010, Menteri Besar memaklumkan mesyuarat Exco bahawa tiga nama sudah pun dipilih oleh jawatankuasa pemilihan, malah telah mendapatkan pandangan pandangan Exco mengenai pilihan itu.

“Pada mesyuarat yang sama, Menteri Besar memberitahu bahawa ketiga-tiga nama itu akan dikemukakan kepada Sultan Selangor untuk perkenan pada 17 Disember (keesokan hari).

“Tetapi, mengikut maklumat yang saya terima, Setiausaha Sulit Sultan Selangor menulis kepada Datuk Ramli pada 10 Disember menjawab surat Datuk Ramli bertarikh 3 Disember bahawa calon nombor satu iaitu Datuk Khusrin, yang dipersembahkan, telah diberi perkenan oleh Sultan Selangor,” kata Khalid pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam berkata pada mesyuarat Exco 16 Disember, Menteri Besar memaklumkan bahawa beliau akan bercuti mulai 20 hingga 30 Disember dan sebarang pelantikan hanya perlu diumumkan selepas beliau kembali daripada bercuti.

Maklumat itu difahamkan didedahkan ketika taklimat kepada wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor Selasa lalu. Menurut Khalid, Ramli yang bersara akhir bulan lalu dan digantikan oleh Khusrin telah mengemukakan tiga nama kepada perhatian istana menerusi surat bertarikh 3 Disember.

Pada tarikh yang sama jawatankuasa pemilihan telah memilih tiga nama daripada lapan calon yang disenaraikan. Mengambil kira perkembangan tersebut kata Khalid, beliau percaya kepimpinan Umno-BN telah menggunakan pendekatan politik yang cukup licik untuk membuat pelantikan tersebut menggunakan kelebihan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Selangor.

“Saya percaya pentadbiran kerajaan negeri Selangor telah dipermainkan oleh permainan politik yang licik dan kotor,” kata beliau lagi.

Menjawab soalan sama ada ia satu bentuk perkhianatan terhadap pentadbiran kerajaan negeri, Khalid berkata:

“Saya serahkan bagaimana ia hendak dibaca. Kalau kata ia profesional memang profesional, kalau nak kata ia khianat boleh dikatakan khianat, kalau nak dikatakan baik boleh juga dikatakan baik.” (IH)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails