Tuesday, January 04, 2011

Kuat Kuasa Retrospektif Pindaan Perlembagaan..


Datuk Teng Chang Khim

SHAH ALAM, 4 Jan 11: Selangor sedang mempertimbangkan pindaan perlembagaan negeri — dengan penguatkuasaan secara retrospektif, bagi membolehkan ia dikuatkuasakan sebelum pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim (gambar) berkata hanya undang-undang jenayah sahaja yang tidak boleh dikuatkuasakan secara retrospektif. Oleh itu kata pindaan itu akan berkuat kuasa mulai satu tarikh sebelum 1 Januari lalu.

“Ia boleh dikuatkuasakan sebelum 1 Januari 2010. Maka, ia akan ada kesan retrospektif,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kuat kuasa Retrospektif... Sudah jumpa jalan selesai kemelut SUK. Tapi, musuh-musuh politik takkan hendak duduk diam?

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails