Thursday, January 06, 2011

Britain Akan Menuju Islamisasi.

LAUREN...adik ipar Tony Blair pun pilih Iskam

LONDON: Jumlah warga Britain yang memeluk Islam di Britain mengatasi 100,000 orang, hampir sekali ganda berbanding 10 tahun lalu.

Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita kulit putih berusia 27 tahun yang bosan dengan budaya konsumerisme dan tidak berakhlak masyarakat Britain. Jumlah itu, yang didedahkan oleh kumpulan pelbagai kepercayaan, Faith Matters, menyebabkan terdapat dakwaan bahawa negara itu kini dalam proses pengIslaman.

Bagaimanapun, laporan pertubuhan itu menyatakan, kebanyakan mereka yang memeluk Islam itu melihat agama itu sesuai dengan kehidupan di Britain. Ia menganggarkan, kira-kira 5,200 lelaki dan wanita memeluk Islam sejak 12 bulan lalu, termasuk 1,400 orang di London. Hampir dua pertiga adalah wanita, lebih 70 peratus berkulit putih dan usia purata yang berbuat demikian ialah 27 tahun.

Pada 2001, seramai 60,000 memeluk Islam di Britain. Keadaan itu didakwa memenyebabkan perkembangan fahaman pelampau Islam dan serangan ganas, termasuk pengeboman 7 Julai. Antara saudara baru yang beralih kepada keganasan ialah Nicky Reilly yang cuba meletupkan sebuah restoran di Bristol dengan bom paku dan pengebom kasut, Richard Reid serta pengebom 7 Julai, Germaine Lindsay.

Namun, menurut laporan itu, jumlah saudara baru yang terbabit dalam keganasan adalah kecil. Kajian yang dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea menyoal saudara baru mengenai pandangan mereka terhadap aspek buruk budaya Britain. Antara lain mereka menyebut arak, sikap masyarakat setempat yang sering mabuk, kekurangan moral dan seks bebas.

Sembilan daripada 10 wanita yang memeluk Islam berkata, perubahan agama mereka mendorong mereka berpakaian lebih konservatif. Lebih separuh mula bertudung dan lima peratus memakai purdah.

Lebih separuh juga mengaku berdepan dengan masalah dengan keluarga masing-masing selepas memeluk Islam. Tahun lalu, Lauren Booth, adik ipar bekas Perdana Menteri, Tony Blair, menarik perhatian meluas apabila mengumumkan dia memeluk Islam. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa mereka memeluk Islam? Menurut berita ini, antaranya adalah kerana ...

  • bosan dengan budaya konsumerisme dan tidak berakhlak.
  • melihat agama Islam sesuai dengan kehidupan di Britain
  • melihat sikap masyarakat setempat yang sering mabuk, kekurangan moral dan seks bebas.
Antara kesan yang timbul...
  • didakwa memenyebabkan perkembangan fahaman pelampau Islam dan serangan ganas.
  • mendorong mereka berpakaian lebih konservatif, lebih separuh mula bertudung dan lima peratus memakai purdah.
  • berdepan dengan masalah dengan keluarga masing-masing selepas memeluk Islam.
  • Britian sendiri sedang mengalami proses Islamiasi.
Jadi, tidak mustahil akan datang mungkin wujud banyak lagi organisasi-organisasi dakwah, kebajikan, pendidikan dan parti Islam yang akan menjadikan Britian sebagai pusat perkembangan Islam se dunia. Kerana agama Islam mampu menyatukan pelbagai bangsa dan kaum dari pelbagai negara, membangunkan manusia dari sudut meterial dan spiritual, atau membawa menusia kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Cuma UMNO yang mempersempitkan Islam yang luas kepada kebangsaan Melayu Malaysia sahaja, dari pasaran global...

4 comments:

pak ngah said...

"matahari sudah terbit dari barat"

Anonymous said...

He looked mastered at his follow 40, 50, 60 or regular 100 paylines but one one-armed bandit. [url=http://www.tasty-onlinecasino.co.uk/]online casino[/url] http://www.onlinecasinotaste.co.uk/ What about an where you can Conduct amusement of acting this secret plan. http://www.onlinecasinoburger.co.uk/

Anonymous said...

Minor adjustments include acquiring coupons towards the store as well as eating out a lesser amount of [url=http://www.bzbka.co.uk/]long term loans[/url] long term loans But it is helpful to compare different deals for the reason that interest rates can be vary from loan providers to financial institutions http://www.fastlongtermloans.co.uk/

Anonymous said...

There are several considerations that one and all the minutes they Feature pertaining to tangible money. [url=http://www.bbvcpaydayloans.co.uk/]payday loans[/url] http://ukpaydayloans.blog.co.uk/ We Own our own games development team so lots of our Online gaming demeanor is based upon a plurality of other factors that diminish your common sense of Logic. http://www.qwepaydayloans.co.uk/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails