Sunday, May 05, 2019

Pejuang Gaza Lancar 150 Serangan Roket Ke Arah Israel

PEJUANG Palestin membedil Israel dengan serangan roket bertubi-tubi.-
PEJUANG Palestin membedil Israel dengan serangan roket bertubi-tubi.- AGENSI


GAZA 4 Mei- Pejuang Gaza melancarkan serangan bertalu-talu ke arah Israel, mengakibatkan zionis bertindak menyerang balas sehingga mengakibatkan seorang warga Palestin maut dan tujuh cedera.
Israel mendakwa berjaya memintas berpuluh-puluh daripada 150 roket yang dilepaskan dari Palestin .
Serangan roket itu mengakibatkan seorang penduduk di Kiryat Gat dan seorang lagi di Ashkelon mengalami cedera parah.-AFP
ASAP tebal menjulang ke udara ekoran serangan udara tentera Israel

Ternak Babi Di Kubang Menerong &Kampung Selamat, PP.


Pemuda PAS-Umno tinjau pencemaran ternakan babi 

TASIK GELUGOR: Pemuda PAS dan Pemuda Umno telah turun padang bersama melihat sendiri pencemaran air dan udara yang berpunca dari kegiatan penternakan babi di Kubang Menerong dan Kampung Selamat, di sini hari ini.
Tinjauan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ahmad Safuan Ujar dan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor, Khairul Arshad itu bersama Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor, Amirul Mohamed Noor, Saiful Azizi Mohd Shukri dan Khairi Ismail.
Mereka dapati, pencemaran itu meliputi Kampung Selamat, Kampung Air Melintas Kecil, Kampung Air Melintas Besar, Kampung Permatang Berangan, Kampung Tok Bedu dan Kampung Kubang Menerong yang bermajoriti penduduk Melayu.
Difahamkan penternakan tersebut telah wujud selama 40 tahun di mana aduan penduduk tidak pernah mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berwajib, sedangkan kini terdapat tidak kurang 74 kandang yang meningkat sejak dahulu.
Lebih mengecewakan penduduk apabila penternakan yang dijalankan tidak mempunyai sistem kumbahan lalu menjadikan sungai sebagai salurannya, menyebabkan airnya sangat kotor dan berbau, serta dikhuatiri menjadi punca penyakit.
Malah, keadaan tersebut turut mengancam pendapatan lebih 400 pesawah berikutan pencemaran tersebut menjadikan air bersih yang diperlukan untuk mengairi sawah-sawah padi mereka menjadi semakin terhad.
Menurut Safuan, penternak sewajarnya mematuhi Enakmen Penternakan Babi 2016 yang telah diluluskan Dun Pulau Pinang sejajar dengan perlaksanaan System Modern Pig Farming (MPF) diputuskan Kerajaan Persekutuan tahun 2014.
"Pemuda menggesa pengusaha-pengusaha yang masih menjalankan aktiviti penternakan secara tradisional perlu bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi dengan mematuhi kriteria MPF iaitu kandang babi tertutup dan sistem pengurusan sisa kumbahan ladang zero discharge.
"(Juga mengadakan) zon penampan dengan jarak minimum 200 meter dari kawasan kediaman, rumah ibadat, sekolah, klinik, taman rekreasi, pasar dan tempat makan awam serta mengamalkan amalan ladang ternakan yang baik (GAHP).
"Kami juga menggesa tindakan segera dibuat Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) termasuk Kerajaan Negeri dalam menangani kegiatan pengendali ladang-ladang ternak babi terbabit," desak mereka yang menyatakan terdapat pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. - HARAKAHDAILY 4/5/2019
IMG 20190504 WA0065
IMG 20190504 WA0062

Umat Islam Hilang Kuota Tambahan Haji Di Bawah PH


ALOR SETAR – Umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 orang untuk menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan Arab Saudi. 

Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), Arab Saudi tidak pernah gagal memberikan keistimewaan itu kepada Malaysia. 

Malah kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 2013, Arab Saudi bermurah hati memberikan kuota tambahan setengah kali ganda lagi iaitu sebanyak 15,000 orang. 

“Jumlah ini tidak termasuk kuota menteri-menteri yang mempunyai hubungan amat baik dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Ini keistimewaan yang diberikan hanya kepada Malaysia secara senyap-senyap. Hari ini saya hendak beritahu satu rahsia, bahawa kuota tambahan itu kini sudah dibatalkan. Hanya kuota 30,200 orang sahaja diberikan. 

“Kerana apa? Disebabkan PH menamatkan operasi Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Malaysia yang telah menyebabkan Raja Salman murka,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Pentas Perdana Penyatuan Ummah di Ambang Setahun Malaysia Baharu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang di Taman Wira Mergong di sini, malam tadi. 

Yang turut hadir pendakwah, Ahmad Husam Baderudin. 

Menurut Asyraf Wajdi, pemilihan Malaysia untuk penubuhan KSCIP dengan dibiayai sepenuhnya oleh Arab Saudi, adalah kerana Raja Salman kagum dengan konsep dan pendekatan negara Islam yang diamalkan di Malaysia. 

“Raja Salman kagum dengan keharmonian pelbagai kaum yang diamalkan di Malaysia dan justeru, hendak mempromosi wajah Islam sebenar di seluruh dunia dengan penubuhan KSCIP,” katanya. 

Malangnya kata beliau, sejurus memenangi tampuk pemerintahan kerajaan, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menghentikan operasi KSCIP serta-merta pada Ogos lalu. 

Asyraf Wajdi seterusnya memberitahu, kerajaan PH bukan sahaja mempunyai hubungan dingin dengan Arab Saudi tetapi juga China sehingga menyebabkan rakan dagang terbesar Malaysia itu membatalkan pembelian minyak sawit. 

“China beralih membeli minyak sawit dari Indonesia dan kesannya harga minyal sawit kita jatuh dan dirasai oleh peneroka-peneroka kita. 

“Baru-baru ini, saya masuk ke Felda, seorang pakcik menangis kerana pendapatannya kini RM200 sebulan berbanding di zaman BN, mereka memperoleh RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,” katanya. 

Pada 19 April lalu, Lembaga Tabung Haji berharap kerajaan Arab Saudi dapat mempertimbangkan kuota haji tambahan kepada jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah itu tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Brunei, Kerdil Di Mata Manusia, Gagah Di Mata Islam..

SULTAN HASSANAL BOLKIAH
SULTAN HASSANAL BOLKIAH


Sultan Brunei keseorangan tegakkan syiar Islam
KUALA LUMPUR 4 Mei - Seorang pembaca Utusan Online berkongsi pandangannya mengenai Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dilihat seperti keseorangan, tiada pembela atau sokongan dalam isu yang menegakkan syiar Islam.
Pandangan itu telah dilontarkan oleh Abdul Muati Ahmad dan berikut merupakan kenyataan penuhnya berhubung perkara itu:
“Sultan Brunei nampaknya keseorangan diserang dari segenap sudut apabila baginda mengisytiharkan hukum syariah kepada penzina, perogol dan puak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Artis-artis seperti George Clooney dan rakan-rakan sealirannya telah melancarkan kempen memboikot hotel-hotel milik Brunei di negara penyokong pengganas tegar Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).
Institusi-institusi pengajian tinggi yang sepatutnya lebih cerdik juga telah mula menarik balik gelaran-gelaran kehormat yang dianugerahkan kepada baginda Sultan Brunei. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga ikut menekan baginda Sultan kononnya atas dasar hak asasi manusia.
Anehnya PBB hanya berdiam diri apabila entiti haram pengganas Israel mengebom tanpa henti umat Palestin. Jelaslah bagi PBB hak asasi manusia bermaksud hak untuk melakukan hubungan seks tanpa nikah dan hubungan sejenis. Hak rakyat Palestin untuk hidup aman bukanlah hak asasi mengikut kanun PBB.
Kotornya darah puak LGBT ini hinggakan mereka tidak dibenarkan menderma darah pun. Kenapa Setiausaha Agung PBB tidak memperjuangkan hak asasi puak gay dan biseksual ini utk menderma darah? Bolehlah darah yang mereka dermakan digunakan untuk pemindahan ke dalam badan pengurusan PBB.
Dan yang anehnya, dalam baginda Sultan Brunei dihimpit dan diasak kiri, kanan, depan, belakang, tiada negara umat Islam menyuarakan sokongan. Masing-masing menyorokkan kepala seperti kura-kura. Negara besar Indonesia dengan bilangan umat Islam paling ramai di dunia diam membisu. Negara yang selalu menyebut dirinya sebagai Islam contoh Malaysia juga diam membisu. Negara-negara Arab di bawah Pertubuhan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lagilah tak boleh diharap.
Peliknya tiada kenyataan balas daripada negara-negara Islam umpamanya untuk boikot filem-filem Clooney dan rakan-rakan sealirannya. Rasanya kalau tak tengok filem mereka pun kita tak akan mati.
Brunei Darussalam, negara kerdil di mata manusia namun gagah perkasa di mata Islam. Berkatilah dan megahlah berdiri dikelilingi persaudaraan Islam yang sudah mati... -UTUSAN ONLINE

Ini, Perhimpunan Darah, Air Mata. -Tuan Asri Tuan Hussein



BUNYI tembakan jelas kedengaran sebaik saja bas yang kami naiki tiba di lokasi perhimpunan Great March of Return (GMR) di satu kawasan luas berhampiran sempadan Palestin-Israel di Shamal, utara Gaza pada Jumaat.
Kawasan itu tidak ubah seperti satu tapak pesta atau karnival dengan pentas didirikan, selain beberapa khemah untuk peserta berkumpul mendengar ucapan pemimpin mereka, selain khemah-khemah kecil untuk bermalam.
Terdapat juga ruang khas yang berfungsi sebagai klinik untuk memberikan rawatan kecemasan dan dua unit ambulans turut diparkir berdekatan.
Suara ucapan lantang kedengaran bergema memenuhi ruang, dilontarkan pembesar suara yang diletakkan di beberapa penjuru, sambil sesekali nyanyian dan muzik rancak dimainkan bagi menambah suntikan semangat.

Suasana sekitar benar-benar menimbulkan keterujaan kepada kami, 41 peserta misi kemanusiaan "Miles of Smiles" yang turut dianggotai penulis bersama Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan dan Timbalannya, Johari Ismail.
Mengimbas latar GMR, ia kali pertama diadakan pada 30 Mac 2018 bertujuan mengumpulkan seberapa ramai rakyat Palestin di beberapa lokasi terpilih sepanjang sempadan Palestin-Israel, sebagai satu simbolik bantahan kepada rejim Zionis Israel yang merampas tanah mereka.
Ketika kali pertama diadakan, kira-kira 30,000 rakyat Palestin berkumpul di lima lokasi iaitu di Shamal, utara Gaza; Malakah (timur); Breij dan Khan Younis (tengah) serta Rafah (selatan).
Perhimpunan itu pada awalnya tidak dirancang untuk diteruskan bagi tempoh panjang, namun sebaliknya berlaku apabila ia berterusan sehingga kini pada setiap Jumaat petang.
Didorong kemarahan membuak-buak terhadap Israel serta semangat menggunung untuk mendapatkan semula tanah dan hak mereka, antara 3,000 hingga 5,000 penduduk Palestin termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas komited berkumpul setiap minggu.
PENCERAMAH menyampaikan ucapan pada GMR. FOTO Tuan Asri Tuan Hussein

Pastinya, GMR menuntut pengorbanan darah dan air mata dengan nyawa menjadi galang ganti. Statistik menunjukkan sehingga kini seramai 272 maut akibat dibedil tentera Israel dan lebih 30,000 cedera dengan 16,700 daripada terpaksa menerima rawatan lanjut di hospital.
Nyata, bunyi tembakan senjata api, dentuman bom, kecederaan dan kematian sudah sebati dalam kehidupan seharian warga Palestin di bumi Gaza.
Dalam tempoh tidak sampai sejam penulis bersama-sama mereka dalam GMR di Shamal, kelmarin (Jumaat), tiga pergerakan ambulans sempat dilihat dan situasi serupa turut berulang apabila kami dibawa pula menyertai GMR di Malakah.
Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya berlaku kerana kami diberi kawalan ketat oleh pasukan keselamatan disediakan penganjur. Malah, kami sama sekali tidak dibenarkan menghampiri pagar dan tembok sempadan.
 PERHIMPUNAN GMR berterusan sehingga kini pada setiap Jumaat petang. FOTO Tuan Asri Tuan Hussein
Lazimnya, kecederaan dan kematian berlaku di sekitar lokasi itu manakala pentas dan khemah didirikan agak jauh iaitu antara 500 hingga 700 meter daripada pagar atau tembok sempadan. Ketika di Shamal, kereta perisai Israel dapat dilihat berulang-alik meronda di pagar sempadan.
Di sebelah malam, kami menerima perkhabaran sepanjang tempoh 24 jam pada Jumaat lalu, empat kematian warga Palestin direkodkan, bukan di lokasi GMR tetapi di satu penempatan penduduk di utara Gaza yang dibom Israel.
Biarpun, kehadiran kami di dua lokasi GMR di Shamal dan Malakah tidak lama, ia menjadi pengalaman amat berharga dan penuh makna, dalam usaha membantu perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi Israel.
Apatah lagi apabila kami diberi penghormatan menaiki pentas dan wakil delegasi "Miles of Smiles" dari beberapa negara termasuk Malaysia diberi kesempatan menyampaikan ucapan.
Maklum balas yang ditunjukkan peserta perhimpunan amat mengharukan. Mereka menghargai dan berterima kasih dengan usaha dan sokongan kami.
Rakyat Palestin tidak sepatutnya dibiarkan terus dizalimi Israel dan bersendirian dalam menuntut hak mereka.
Isu ini juga bukan konflik agama, sebaliknya soal hak asasi dan kemanusiaan.
Zahirkan sokongan dan bantuan anda kepada rakyat Palestin dengan menyumbang kepada Tabung Misi Khas ke Gaza sempena Ramadan 1440H yang ditubuhkan Muslim Care Malaysia melalui nombor akaun Maybank (564490413882); CIMB (14014010147470) dan Bank Muamalat (14010007654717).


Saturday, May 04, 2019

E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014 (Siri 3)

E-Buku IH-90: 'Univ Ramadzan' 2014 (Siri 3)


Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Sebelum ini, 200 artikel mengenai Ramadhan. anda boleh lihat di sini..

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013. (Siri 2)
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. (Siri 1) E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Himpunan Aman Terkawal. -Puji K/Polis Dang Wangi.

Kuala Lumpur 4 Mei 2019 - Ribuan peserta Himpunan Pertahan Kedaulatan
Kuala Lumpur 4 Mei 2019 - Ribuan peserta Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan berarak dari masjid Jamek Kuala Lumpur menuju ke perkarangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan membawa sepanduk dan poster berhampiran Kompleks Membeli Belah Sogo di sini, hari ini. GAMBAR AZLAN HADI ABU BAKAR
Himpunan berlangsung dalam keadaan aman, terkawal
KUALA LUMPUR 4 Mei - Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal.
Perhimpunan bermula pukul 2 petang itu pada asalnya dijadualkan tamat pada pukul 6 petang, namun sesetengah peserta dilihat mula meninggalkan lokasi kira-kira pukul 3 petang ekoran hujan dan perhimpunan itu ditamatkan sejurus kemudian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visunathan Abdullah berkata, sebanyak 600 anggota polis ditugaskan untuk mengawal himpunan pada hari ini.
Menurutnya, himpunan yang dihadiri ribuan peserta itu berlangsung dalam keadaan tenang dan aman tanpa sebarang perkara yang boleh menggugat ketenteraman awam.
“Kita akan membuat penelitian dan ambil kira maklum balas mengenai himpunan ini. Selain itu, kita juga akan kaji semula ucapan yang telah disampaikan.
“Selepas itu, baru kita boleh nyatakan sekiranya ada kesalahan-kesalahan ketika himpunan berlangsung,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi himpunan, di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai status notis yang diserahkan oleh penganjur sebelum ini, Mohd. Fahmi berkata pihaknya telah menerima notis pemberitahuan dan mengadakan pertemuan dengan penganjur.
“Bagaimanapun, penganjur tidak sertakan bersama notis kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jadi dianggap tidak lengkap.
“Oleh itu, kita akan jalankan siasatan lanjut dan kita akan panggil penganjur sekiranya ada keperluan,” ujarnya.
Terdahulu, peserta himpunan berkumpul di Masjid Jamek sebelum berarak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo.
Turut kelihatan pada perhimpunan itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Peguam bela yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim, Mohd. Kamaruzaman A. Wahab.
Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam anjuran Ummah diselia UMNO dan Pas itu bertujuan membantah ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara ini, termasuk beberapa isu yang cuba menggugat kedudukan Islam dan Perlembagaan antaranya Statut Rom, kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib, isu pendidikan dan desakan pemecatan Peguam Negara, Tommy Thomas. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails