Sunday, June 29, 2014

Keajaiban Berpuasa Pada Bintang Sukan Piala Dunia.


Pemain Jerman, Mesut Ozil (kiri) dan Karim Benzema (penyerang Perancis) akan bermain dalam keadaan berpuasa bermula saingan kalah mati Piala Dunia.


SUKAN
Bintang Piala Dunia Berpuasa Ramadan Pada Aksi 16 Terbaik 
 
KEMPEN Piala Dunia kini memasuki saingan kalah mati yang akan memilih lapan  daripada 16 skuad terbaik dari kumpulan masing-masing. Bagi masyarakat Islam dari seluruh dunia juga, saingan kalah mati bermula apabila mereka mula berpuasa selama sebulan sempena Ramadan.

Sepanjang tempoh matahari terbit, masyarakat Islam tidak akan minum atau makan, sebaliknya akan menumpu perhatian kepada ibadat wajib dan sunat. Perkara sama juga akan dilalui sebahagian pemain yang teribat dalam saingan Piala Dunia.

Antaranya ialah penyerang Perancis, Karim Benzema dan bintang Jerman, Mesut Ozil.


Tidak terkecuali ialah pemain-pemain daripada pasukan Nigeria, Algeria, Switzerland, Belgium, Ivory Coast dan Rusia.

Namun, itu bukan alasan untuk mereka tidak bermain dengan cemerlang kerana sejarah sukan membuktikan atlit mampu berpuasa ketika bersukan malahan akan menjadi lebih baik ketika itu.
Bukan sahaja dalam Piala Dunia tetapi juga Olimpik dan kejohanan besar lain.

Antara pemain terkenal yang akan bermain dalam keadaan berpusa ialah:


Xherdan Shaqiri (Switzerland)

Moussa Sissoko (Perancis)

Marouane Fellaini (Belgium)

Bacary Sagna (Perancis)

Sami Khedira
Sami Khedira (Jerman)


Vincent Aboubakar (Cameroon)
Mamadou Sakho
Mamadou Sakho (Perancis)




















 Johan Djourou-Gbadjere (Switzerland)















 Suleyman Ali Muntari (Ghana)


Eden Hazard (Belgium)
(mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kini, itu bukan alasan lagi bagi mereka yang berpuasa untuk tidak bermain dengan cemerlang dalam sukan.  Kerana sejarah sukan membuktikan atlit mampu berpuasa ketika bersukan malah akan menjadi lebih baik ketika itu. Bukan sahaja dalam Piala Dunia tetapi juga Olimpik dan kejohanan besar lain.

Bahkan lagi bukan dalam sukan sahaja, tetapi juga dalam kegiatan-kegiatan lain. Contohnya seperti peperangan dalam berpuasa, sejarah Islam telah membuktikan kehebatan kemenangannya.

Itulah keajaiban hikmah berpuasa yang ada pada Bintang Sukan Piala Dunia masakini. Wallahu 'aklam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails