Monday, June 30, 2014

ISIS Hukum Ahlinya Kerana Rasuah.

ISIS salib anggotanya lantaran korupsi
Pemerhati Hak Asasi Rakyat Syria dalam laman webnya berkata kumpulan militan ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria) kelmarin menghukum seorang ahlinya kerana mengamalkan rasuah di Syria.

Foto di laman web itu memperlihatkan mayat dan kepala mangsa yang berjanggut itu dipenuhi darah dan ada tulisan:
 
"Bersalah: Abu Adnan al-Anadali. Hukuman: hukuman dera atau salib selama tiga hari. Motif: mengutip wang di pos pemeriksaan dengan menuduh pemandu telah murtad.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Jumaat (27/6), tulisan itu ditandatangani oleh "Putera Kaum Beriman" yang disebut-sebut adalah pemimpin Isil Abu Baqr al-Baghdadi.  Sebelum disalib Anadali ditembak tiga peluru di bahagian kepala. Dia dibunuh di Bab, sebelah utara Wilayah Aleppo. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Saya tengok Admin suka promosikan ISIS atau ISIL ni baguslah kalau admin menyokong perjuangan golongan sunni ni. Admin seorang aktivis PAS dan saya bukan ahli PAS tapi menyokong sepenuhnya perjuangan PAS. Tapi bila saya baca Harakah ada reaksi negatif dari beberapa kerat pemimpin PAS terhadap perjuangan ISIS ni dan mereka walaupun secara tidak nyata seolah-olah menyokong kerajaan Syiah Iraq dan Syiria yang jelas menindas golongan Ahlul Sunnah ni. Adakah ini bermakna PAS telah diresapi oleh puak Syiah ni.

Kuda Perang said...

Tembak perasuah bukan ikut syariat...

Anonymous said...

org pas sila isytiharkan diri kamu jika ikut fahaman syiah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails