Monday, June 30, 2014

Sedih.. Pelarian Syria Berbuka Puasa..

Pelarian Syria di orfa, Turki (akhbaralaalam.net)

Ankara: Pelarian Syria kembali melaksanakan ibadah puasa bulan Ramadhan dalam pelarian jauh dari kampung halamannya. Hidangan buka puasa yang seharusnya dinikmati dengan penuh kebahagian tidak kelihatan di khemah-khemah pelarian di Turki. Kerana sebenarnya kebanyakan mereka berharap tidak lagi berada dalam pelarian saat bulan Ramadhan tahun ini.

Suasana bulan Ramadhan hanya dilihat dari banyaknya orang yang membaca Al-Qur'an saat menunggu datangnya waktu Maghrib. Ada juga di antara mereka yang mendengar tilawah Al-Qur'an itu dari stesen televisyen yang mereka nyalakan. Sebahagian lagi hanya duduk menunggu datangnya waktu berbuka.

Walaupun berterima kasih kepada kerajaan Turki yang menampung dan melayani mereka selama dalam pengungsian, tapi mereka sangat berharap perang akan berakhir agar boleh kembali ke kampung halaman mereka. Saat ini terdapat sekitar 28 ribu pelarian Syria di daerah Suleyman Sah, Orfa, Turki, yang mendapat perkhidmatan dari kerajaan. (msa / dakwatuna / akhbaralaalam/IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails