Tuesday, July 01, 2014

Laksana Hudud Melalui Pintu Belakang? Kenyataan Bahaya Ambiga..



Bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata sebarang cubaan untuk menulis semula Perlembagaan Persekutuan menggunakan 'pintu belakang' bagi memperkenalkan hudud akan gagal kerana ianya salah di sisi undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Julai, 2014.  
Bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata sebarang cubaan untuk menulis semula Perlembagaan Persekutuan menggunakan 'pintu belakang' bagi memperkenalkan hudud akan gagal kerana ianya salah di sisi undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Julai, 2014.  

Cubaan laksana hudud melalui ‘pintu belakang’ salah, kata Ambiga

Terdapat cubaan untuk menulis semula Perlembagaan Persekutuan menggunakan "pintu belakang" bagi memperkenalkan hudud, namun rancangan itu akan gagal kerana ianya salah di sisi undang-undang," kata Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata demikian sebagai respon tindakan membentang rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Kelantan melaksanakan undang-undang Syariah di negeri yang dikawal PAS sejak 1990.

Sekiranya diluluskan dengan undi 'simple majority', ia akan memberikan kesan kepada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II 1993. Rang undang-undang itu yang akan dibentangkan pada sesi hadapan, mencari kuasa Parlimen untuk Kelantan menggubal undang-undang kerana kerajaan Pusat mempunyai bidang kuasa terhadap kes jenayah.

Ambiga berkata, disebabkan perkara itu, negara kini merindui peguam terkenal mendiang Karpal Singh yang menegaskan Malaysia adalah negara sekular dan undang-undang jenayah Islam tidak boleh dilaksanakan.

"Kami semua merindui Karpal Singh kerana beliau pejuang yang mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

The Gandhi Memorial Trust (GMT) of Malaysia petang semalam menganugerahkan Karpal dengan anugerah perkhidmatan awam dalam bentuk pewter berbentuk harimau, bagi menghormati lelaki yang dikenali sebagai 'Harimau Jelutong'.

Ambiga berkata, Karpal menuntut Putrajaya merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan nasihat perundangan, sama ada Malaysia negara sekular atau negara Islam apabila terdapat pendapat berbeza.

"Kita perlu suaranya hari ini, untuk mempertahankan Perlembagaan yang kita terima selama 50 tahun ini sebagai 'sekular'.
"Sekarang kita dengar perbahasan yang mengatakan Perlembagaan kita bukan sekular. Pada pandangan saya, ini cubaan untuk menulis semula Perlembagaan melalui pintu belakang," katanya.

Ambiga berkata, pada 1988, hakim lima panel di Mahkamah Agung ketika itu dalam kes Che Omar Che Som melawan Pendakwaraya mengatakan Malaysia merupakan negara sekular. Beliau berkata, Presiden Tun Salleh Abas yang menulis penghakiman berkata,"kita perlu ketepikan perasaan peribadi kita, kerana undang-undang negara ini sekular.

Empat hakim adalah Muslim manakala tiga daripadanya bukan Muslim. Menjelaskan perkara itu, Ambiga berkata kepada The Malaysian Insider, hudud tidak boleh dilaksanakan meskipun melalui pindaan undang-undang kerana ia bertentangan dengan struktur asas.

Artikel 4 katanya menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Merdeka dan tidak selari dengannya akan terbatal. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shanker berkata, Karpal memenuhi aspirasi dan prinsip Mahadma Gandhi, peguam hak asasi manusia.

"Seperti Gandhi, Karpal hidup sederhana namun pengetahuannya tinggi," kata Shanker, dan menambah Karpal juga tidak letih dalam mencari kebenaran.

Beliau berkata, 30,000 masyarakat mengiringi upacara pengebumiannya, menunjukkan Karpal begitu bermakna. Bekas menteri berkaitan undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berkata, pencapaian lain Karpal untuk memastikan kerajaan dan Parlimen bertanggungjawab terhadap rakyat.

"Dalam menjalankan tugas, beliau digantung Dewan Rakyat sekurang-kurangnya dua kali kerana mempersoalkan kerajaan," tambahnya.
Zaid berkata, Karpal mempunyai mindanya tersendiri berdasarkan pengetahuannya. Datuk Jagjit Singh, yang menuntut jurusan undang-undang bersama Karpal di Universiti Malaya, Singapura berkata, bekas Pemgerusi DAP itu akan tetap diingati atas jasanya terhadap sistem keadilan jenayah Malaysia.

"Karpal bertanggungjawab mengekalkan standard bukti diperlukan dalam kes jenayah yang diubah Privy Council sebelum ini," katanya.
Balu Karpal, Gurmit Kaur menerima anugerah berkenaan dalam satu majlis di Royal Selangor yang dihadiri kira-kira 300 orang. – 1 Julai, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenyataan Ambiga itu merbahaya, seolah-olah melarang perjuangan umat Islam menghayati agamanya di negaranya senditi melalui pintu demokrasi.

1 comment:

maae said...

Ini negara kita (melayu) Negara Islam. Asas dan paksi nya tertubuh Tanah Melayu, Malaya dan kemudian Malaysia hanya pada kedaulatan Raja-Raja Melayu yang menjunjung Islam.

Siapa Ambiga hendak menyatakan Malaysia Sekular. Sungguh jahat Kafir Laknatullah, apabila Malaysia di rasmikan sekular, maka Perlembagaan Malaysia bakal di serang berhabisan - tidak selari dengan definisi SEKULAR.

Sungguh licik dan MERBAHAYA seperti IH nyatakan.. kafir harbi WAJIB kita perangi kerana mereka sudah mula menganggu ketenteraman kehidupan kita dan Agama Islam...

Kepada mereka yang bersekongkol dengan musuh Islam ini, mohon bertaubat dan kembali semula ke jalan yang lurus... sempena Ramadhan kali ini Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah dan membalas kejahatan melayu liberalisma, sekular, kapitalis dan neo zionis yang tidak lain menghancur bangsa dan Islam ! Munafik yang mesti di singkirkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails