Thursday, July 03, 2014

Bantah Bina Pusat Judi Lumba Kuda Terbesar Di Asia Di S'ngor


NGO bantah cadangan bina pusat judi lumba kuda 

Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi membantah cadangan pihak tertentu yang mahu membina sebuah pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) membuat laporan itu dengan diiringi oleh 10 ahlinya di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 11 pagi tadi.
  
Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah memberitahu pemberita kemudian, pihaknya menggesa kerajaan negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil tindakan tegas terhadap pemaju berkenaan.
  
"Kami membantah sekeras-kerasnya projek ini seolah-olah menggalakkan perjudian dalam kalangan umat Islam di sini... secara tidak langsung akan merosakkan akidah seseorang selain maruah negara turut terjejas," katanya.
  
Beliau berkata pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor Selasa depan.
  
Syarikat pemaju pusat lumba kuda itu sebelum ini mendakwa kaji selidik daripada sebuah universiti tempatan menyatakan 50 peratus daripada penduduk Melayu di kawasan berkenaan bersetuju dengan pembinaannya.
  
Bagaimanapun, pemimpin PAS Hulu Selangor menafikan dakwaan kononnya pembinaan pusat terbabit diterima oleh masyarakat Melayu di kawasan itu.
- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails