Wednesday, July 09, 2014

Lagi 136 GRO Hadiah Untuk Ramadhan, K'jaan Islam M'sia(?).

SEBAHAGIAN daripada 136 wanita Thailand yang dijadikan GRO berjaya diselamatkan di dua buah pusat hiburan di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur kelmarin. 

KUALA LUMPUR – Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya menyelamatkan 136 wanita warga Thailand yang dijadikan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di dua buah pusat hiburan di Desa Sri Hartamas di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 10.45 malam itu, sebahagian besar daripada wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun itu sedang melayan pelanggan manakala selebihnya diperagakan di atas pentas untuk dipilih pelanggan yang berminat.

Ketua Operasi, Deputi Superintendan Kamal Khan Mohd. Shariff memberitahu, serbuan hasil risikan selama seminggu itu dilakukan secara serentak di dua buah pusat berkenaan yang terletak bersebelahan.

“Dalam serbuan tersebut, kita berjaya menyelamatkan 33 GRO di kelab pertama dan 103 GRO di kelab kedua.
“Kami percaya kesemua GRO dari kedua-dua buah kelab ini disediakan oleh ejen yang sama dan polis akan menjalankan siasatan bagi memastikan sindiket ini berjaya ditumpaskan,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin. (Kosmo !)

1 comment:

abuamir said...

Heran sungguh hari2 kena tangkap tetapi pusat2 maksiat tersebut masih beroperasi spt biasa kenapa tidak disita dan pemiliknya diambil tindakan. Macam buat kerja sia2 serbu tiap hari pun tak guna.Jika didapati pusat maksiat ni buat kesalahan hendaklah ditutup terus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails