Monday, July 07, 2014

Mesej Khalid Letak Jawatan MB Selangor Palsu


SHAH ALAM: Agensi Berita Nasional (Bernama) melalui laman mikro Twitter memaklumkan pihaknya mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor.

Hari ini beberapa agensi media berhadapan kekeliruan berkenaan penyebaran SMS palsu melalui aplikasi Whatsapp yang menggunakan nama Bernama.

Mesej palsu itu dinafikan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Sejak malam Ahad, sistem Whatsapp pengamal media dipenuhi dengan maklumat palsu mengenai kononnya Abdul Khalid akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Kesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini lantaran penyebaran khabar angin Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan. (SK)

Lihat sebelum ini..  
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails