Thursday, July 10, 2014

Tonjol Gambar Coli -Bung Moktar Ejek Brazil Lagi.

 

SUKAN
Kecaman demi kecaman yang diterima Datuk Bung Moktar Radin tidak menghalang MP tersebut untuk meneruskan jenaka hambarnya di Twitter mengenai kekalahan pasukan Brazil dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia.

Beliau terdahulu dikecam hebat, termasuk oleh duta Jerman ke Malaysia kerana menyanjung pemimpin parti Nazi Jerman, Adolf Hitler atas kemenangan negara itu ke atas Brazil.

Dalam tulisannya petang ini, beliau menerbitkan pula gambar coli, yang dikenali dengan nama "bra" dalam bahasa Inggeris, untuk mengejek pasukan Brazil.

"BRA" merupakan singkatan nama negara Amerika latin itu dan ditandakan di semua jersi pemain Brazil untuk perlawanan itu.

Gambar baju dalam wanita itu, diterbitkannya di Twitter untuk menjawab tulisan seorang wartawan wanita.

Bung berkata: "Saya merujuk kepada kekuatan pasukan bola sepak Jerman sepertimana pada zaman Hitler ketika memalukan Brazil 7-1".

Tulisan Bung di Twitter yang mengaitkan Hitler itu turut mendapat liputan antarabangsa termasuk majalah Time yang melaporkan bahawa MP tersebut memuji Hitler atas kemenangan pasukan Jerman. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails