Thursday, November 18, 2021

Datuk Mas Ermieyati dipilih sebagai calon KM Melaka. Tahniah

 

Datuk Mas Ermieyati 

Pencalonan Mas Ermieyati, pengiktirafan untuk wanita

KUALA LUMPUR: Pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka satu pengiktirafan besar kepada wanita, kata pergerakan Wanita Perikatan Nasional (PN).

"Wanita PN menganggap ini satu pengiktirafan besar pada golongan wanita dan yang pastinya memberi suntikan semangat kepada seluruh jentera kami bagi memastikan kemenangan PN pada PRN kali ini," kata pergerakan itu dalam kenyataan bersama Ketua Wanita parti komponen dalam PN, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Harun;Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Saleh; Ketua Wiranita STAR, Flovia Ng; Ketua Wanita SAPP, Irene Vhan Kam Lan dan Ketua Wanita Nasional GERAKAN, Janice Wing Oi Foon.

Wanita PN juga menyatakan keyakinan dan kepercayaan penuh Mas Ermieyati dapat menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, penuh dedikasi dan berintegriti.

Justeru itu, Wanita PN menyeru dan memohon pengundi Melaka memberi peluang kepada PN bersama membawa perubahan, sekali gus melakar sejarah melantik Ketua Menteri Wanita Pertama Negara.

"PN mampu membentuk sebuah kerajaan yang bersih,berintegriti, berwibawa dan prihatin rakyat," kata kenyataan itu.

Muhyiddin bersama barisan pemimpin tertinggi PN mengumumkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka. - Foto NSTP/ Hazreen Mohamad

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin brkata pada sidang media hari ini:

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara, seorang wanita yang berkelayakan tinggi dalam kalangan professional muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon Ketua Menteri.

"Saya rasa belum pernah ada di negara kita (pencalonan wanita sebagai Ketua Menteri) tapi terbukti bahawa PN sentiasa memberikan peluang kepada sesiapa saja, tidak kira jantina untuk memegang jawatan penting seperti ini," katanya 

Yang turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai. 

PN bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka,      BERSATU 15 kerusi, PAS 8 dan Gerakan 5.

Mas Ermieyati, 45, kini adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang). Beliau juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan Naib Ketua Srikandi BERSATU.

Selain Mas Ermieyati daripada PN, dua gabungan parti lain yang bertanding dalam PRN Melaka sudah menamakan calon masing-masing.

Barisan Nasional (BN) menamakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon ketua menteri, manakala Adly Zahari mewakili Pakatan Harapan (PH) yang mana kedua-duanya pernah memegang jawatan Ketua Menteri.

Sekian.

Sila lihat siri PRN Melaka:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails