Wednesday, November 17, 2021

Taliban tangkap lelaki jual 130 wanita di Afghanistan

 

Taliban menahan seorang lelaki yang memperdagangkan berpuluh-puluh wanita di utara Afghanistan. - Foto AGENS

KUNDUZ: Taliban memberkas seorang lelaki yang memperdagangkan berpuluh-puluh wanita di utara Afghanistan selepas dia menipu akan dikahwinkan dengan orang kaya, kata pihak berkuasa hari ini.

Lelaki itu diberkas di utara Jawzjan lewat petang semalam, kata Ketua Polis Wilayah Taliban, Damullah Seraj kepada wartawan.

"Kami masih di peringkat awal siasatan. Kami berharap memperoleh maklumat lanjut mengenai kes ini nanti," katanya.

Ketua Polis Daerah Jawzjan, Mohammad Sardar Mubariz, berkata tertuduh menyasarkan wanita miskin yang terdesak untuk memperbaiki taraf hidup.

Lelaki itu akan menyatakan akan mencari calon suami yang kaya dan kemudiannya akan memindahkan mangsa ke wilayah lain di mana mereka dijual sebagai hamba.

Dia didakwa kerana memperdagangkan sekitar 130 wanita melalui taktik terbabit.

Jenayah, nepotisme dan rasuah bukan perkara asing di Afghanistan, bagaimanapun peningkatan kadar kemiskinan menjejaskan tuntutan kerajaan Taliban terhadap perundangan.

Sejak kembali berkuasa tiga bulan lalu, Taliban berusaha membendung beberapa jenayah seperti rompakan dan penculikan di bandar besar.

Hari ini, Kementerian Dalam Negeri Taliban memaklumkan 60 orang termasuk kakitangan pejabat pasport ditangkap kerana memalsukan dokumen untuk mendapatkan pasport.

Kementerian itu turut memaklumkan, pejabat pasport di Kabul ditutup sementara untuk urusan penyelenggaraan. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia ada ke wanita yang diperdagangkan selepas ditipu akan dikahwinkan dengan orang kaya samada secara terang-terangan atau simbolik?

Sila lihat..

Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails