Wednesday, November 17, 2021

BN menang Sulaiman Md Ali KM Melaka. Kaji projek tambakan laut.

 

Datuk Seri Sulaiman Md Ali

1. Ketua Menteri sementara: Zahid minta pengundi tidak termakan fitnah

MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan kononnya Datuk Seri Sulaiman Md Ali hanya akan menjadi Ketua Menteri Melaka sementara sekiranya gabungan parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Dalam catatan di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO meminta pengundi agar tidak termakan dan terpengaruh dengan fitnah yang dilontarkan pihak tertentu.

"Kepada pengundi dan rakyat Melaka, jangan dengar! Jangan termakan dengan fitnah.

"Mana ada ketua menteri sementara sementara, ini bukan cerita main-main! Ini bukan cerita ketua kampung setengah penggal," katanya.

Sulaiman dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Mengumumkan perkara itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan, Sulaiman dilihat sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka selain bebas daripada sebarang isu.

Pakatan Harapan (PH) pula menamakan Adly Zahari yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil manakala Perikatan Nasional (PN) sehingga kini tidak menamakan sesiapa bagi jawatan berkenaan.

Sulaiman, yang juga penyandang di kerusi DUN Lendu ditentang Mejar (B) Abdullah Mahadi daripada (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH).

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Sulaiman.

SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini. – BERNAMA

2. Kaji semula projek tambakan laut

Nelayan pesisir pantai, Mohd Fauzi Idris, mengeluarkan hasil tangkapan laut dari jaring ketika tinjauan di jeti nelayan Sungai Lereh. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan kebimbangan terhadap projek tambakan laut sebahagian Zon Ekonomi Pesisir Pantai Melaka (M-WEZ) yang dinyatakan dalam manifesto Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berhubung projek itu tidak selari dengan rungutan penduduk selama ini.

Muhammad Faisal berkata, kenyataan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu bahawa nelayan boleh meneruskan kehidupan sebagai nelayan kerana permukaan laut yang luas, dilihat sebagai tidak bertanggungjawab.

Katanya, Ab Rauf seolah-olah tidak mempedulikan nasib golongan nelayan yang terkesan akibat perubahan ekosistem hidupan marin yang ditangkap.

"Ini terutama udang geragau (bahan untuk membuat belacan dan cencaluk) yang hidup secara khusus di persisir pantai.

"M-WEZ dilapor membabitkan kawasan seluas 10,000 hektar, menjangkau sepanjang Pantai Kundur, Kelebang, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Telok Mas, sehingga ke bahagian utara Serkam," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhammad Faisal berkata, alasan bahawa penambakan laut sudah lama diadakan tidak seharusnya dijadikan justifikasi.

"Rungutan masyarakat Melaka terhadap projek tambakan laut adalah realiti berdasarkan penambakan laut sebelum ini.

Tambakan laut akan mempengaruhi perubahan arus ombak yang boleh mengakibatkan hakisan dan banjir, selain kemusnahan batu karang serta habitat.

"Pesisiran pantai terutama paya bakau adalah sumber makanan kepada hidupan laut.

"Jika rantaian ini diputuskan, jumlah ikan di laut boleh mengalami kepupusan dan ini belum mengambil kira kesan pencemaran yang berlaku di laut lagi," katanya.

Terdahulu, Ab Rauf dilaporkan berkata, nelayan di Melaka masih boleh menjalankan aktiviti perikanan seperti biasa kerana kawasan laut luas dan bukan terhad di kawasan penambakan.

Katanya, isu penambakan laut di Melaka itu adalah perancangan kerajaan negeri untuk menarik pelabur di kawasan yang berpotensi untuk dimajukan. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Janji manefesto.. jangan janji macam janji kerajaan PH yang ghuyup 22 bulan.


Sila lihat siri PRN Melaka:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails