Thursday, November 18, 2021

Bintang bolasepak wanita Iran dituduh 'lelaki'. Buka tunjuk jantina?

 

Bintang bola sepak wanita Iran, Zohreh Koudaei menafikan dakwaan Persekutuan Bolasepak Jordan bahawa dia seorang lelaki dan bertegas akan mengambil tindakan undang-undang. - Foto Agensi

"Saya seorang wanita. Ini tindakan membuli oleh Jordan"

LONDON: Bintang bola sepak wanita Iran, Zohreh Koudaei menafikan dakwaan Persekutuan Bolasepak Jordan bahawa dia seorang lelaki dan bertegas akan mengambil tindakan undang-undang.

Badan induk bola sepak Jordan memohon 'pemeriksaan pengesahan jantina' daripada Persekutuan Bolasepak Asia selepas pertembungan September lalu di Uzbekistan.

Koudaei, 32, menyelamatkan dua penalti ketika penentuan yang berkesudahan Iran menang 4-2 dan memastikan tempat ke Piala Wanita Asia buat pertama kali.

Bercakap kepada media Turki, Hurriyet, Koudaei berkata: "Saya seorang wanita. Ini tindakan membuli oleh Jordan. Saya akan memfailkan tindakan undang-undang."

Dia menambah: "Saya akan saman Persekutuan Bolasepak Jordan. Mereka melakukan perbuatan membuli."

Ketika membincangkan dakwaan mengejutkan itu, jurucakap AFC enggan mengesahkan sama ada mereka akan menyiasat permintaan itu.

Menerusi satu kenyataan: "AFC tidak mahu memberikan komen mengenai siasatan yang sedang berlangsung dan/atau prosedur, sama ada berlaku atau berpotensi."

Menurut penyiar Arab Saudi, Al Arabiya menerusi the Times, Koudaei sebelum ini juga sudah dipersoalkan mengenai jantinanya. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimBintang bola sepak wanita Iran dituduh 'lelaki' oleh Persekutuan Bolasepak Jordan. Perlukah dibuka tunjuk anggota jantinanya?

Penjaga gol pasukan wanita Iran yang didakwa Persatuan Bolasepak Jordan sebagai lelaki. Identiti penjaga gol itu bagaimanapun tidak dinyatakan.- Foto ihsan News in-24.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails