Friday, November 19, 2021

7 projek atasi banjir Melaka. K/Pusat cakap buat, PH manifesto bukan kitab suci..

 

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kerajaan lulus 7 projek atasi banjir Melaka

MELAKA: Tujuh projek besar bagi mengatasi masalah banjir di Melaka, telah diluluskan pada peringkat kerajaan pusat, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, ia termasuk projek menaik taraf kolam tebatan banjir di Krubong yang bernilai RM600 juta

"Selain itu, projek tebatan banjir di Alor Gajah Fasa 1 dengan peruntukan RM30 juta, RTB (Rancangan Tebatan Banjir) Sungai Duyong (RM163 juta), RTB Jasin (RM60 juta) dan RTB Sungai Melaka Fasa 1 (RM40 juta).

"Ini tanggungjawab kita sebagai kerajaan pusat. Semua senarai projek itu telah kita sahkan dalam Parlimen.

"Sebahagiannya sedang berjalan, manakala yang lain dalam peringkat proses pelaksanaan yang lain," katanya pada rancangan ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama beliau sebagai Timbalan Presiden PAS yang disiarkan melalui Facebook Melaka Update, malam tadi.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, lapan calon PAS yang dipilih untuk bertanding pada PRN Melaka, esok, sudah melalui tapisan ketat bagi memastikan integriti mereka sekiranya bergelar wakil rakyat kelak.

PRN Melaka kali ini menyaksikan PAS bertanding di lapan kerusi bawah Perikatan Nasional (PN) bersama BERSATU (15) dan GERAKAN (lima). – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim7 projek atasi banjir Melaka. Kerajaan Pusat cakap, dan terus buat. Kerajaan PH, manifesto bukan kitab suci, cuba bodohkan rakyat!

Esok, tolak PH yang menipu, tunggu apa lagi?


Sila lihat siri PRN Melaka:

3 comments:

Anonymous said...

Menteri ni yg bawa keberanian. Berucap dlm bahasa melayu kat uk. Berwawasan memartabatkab bahasa melayu kat peringkat internasional.

Anonymous said...

Tahniah yb. Itu yg rakyat gemor.

Anonymous said...

Presiden parti liberal yg kononnya bidang sastera melayu pun tak berani berucap dlm bm. Asyik berucap dlm BI . Kononnya fasih dlm BI.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails