Friday, November 19, 2021

BERSATU, BN Melaka bakal bentuk kerajaan baharu, PH akan hilang 1 negeri lagi..

 

ADUN Paya Rumput daripada BERSATu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen. - Foto NSTP

BERSATU, BN Melaka bakal bentuk kerajaan baharu

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka memutuskan untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu bersama Barisan Nasional (BN).

Ia sekali gus bakal menyaksikan Pakatan Harapan (PH) kehilangan satu lagi negeri selepas Johor susulan kemelut politik yang melanda negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata dua wakil rakyat BERSATU negeri itu termasuk dirinya, memutuskan untuk membentuk gabungan bersama wakil rakyat BN.

Beliau turut mendakwa ADUN Rembia daripada PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis turut menyatakan hasrat menyertai BERSATU sekali gus menjadikan gabungan BERSATU dan BN memiliki 16 kerusi, membolehkan memperoleh cukup majoriti membentuk kerajaan negeri.

Ketika ini, situasi kerajaan Melaka dikatakan tergantung selepas BERSATU mengumumkan keluar Pakatan Harapan (PH) komposisi kerusi DUN antara PH dan BN Melaka terikat 13-13.

Dua ADUN BERSATU adalah Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Mohd Rafiq.

“Kita akan mengikut apa yang berlaku di Pusat. Untuk Melaka, BERSATU ada dua kerusi dan ADUN Rembia juga nyatakan hasrat kepada saya untuk sertai BERSATU.

“Jadi jika termasuk ADUN Rembia, BERSATU ada tiga kerusi dan akan kerjasama dengan 13 ADUN BN untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional di Melaka.

“Kalau nak dapat majoriti mudah di Melaka perlukan 15 kerusi. Sekarang kita ada 16 kerusi manakala PH ada 12 kerusi. Insya-Allah cukup kerusi untuk tubuh kerajaan Melaka,” katanya pada media ditemui di hadapan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini, hari ini.

Turut mencetuskan persoalan apabila mesyuarat mingguan dipengerusikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, Rabu lalu, berlangsung tanpa kelibat dua Exco, iaitu Mohd Rafiq selaku Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Pelaburan negeri dan Muhammad Jailani selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri.

Mengulas lanjut, Mohd Rafiq berkata, pimpinan BERSATU dan BN Melaka dijangka menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob sama ada esok atau lusa.

“Kita akan adakan perbincangan antara saya selaku pimpinan BERSATU dan pimpinan BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Idris Haron untuk tentukan hala tuju membina Kerajaan Melaka yang berwibawa dan lebih baik,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:PH mendakwa kononnya sudah memenangi 10 kerusi DUN. Sebaliknya, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menyifatkan kenyataan itu sekadar strategi politik melemahkan semangat lawan.

Awas jangan terpedaya!

Sila lihat siri PRN Melaka:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails