Sunday, November 14, 2021

AS ingin wajibkan teknologi anti pemandu mabuk, kecuali parti ini...

 

AS ingin wajibkan teknologi anti pemandu mabuk

DUA tahun yang lalu kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk ditularkan di Malaysia setiap kali ianya berlaku. 

Kerajaan digesa untuk meningkatkan hukuman ke atas pemandu mabuk di negara kita tetapi sehingga kini ia masih belum dilakukan. 

Di Amerika Syarikat masalah pemandu mabuk juga serius seperti di negara kita dengan ia dianggarkan mengakibatkan 10,000 kematian yang bersamaan dengan 30 peratus kematian akibat kemalangan di negara tersebut.

Kini Kongres Amerika Syarikat ingin mewajibkan teknologi anti pemandu mabuk disertakan pada kesemua kenderaan baharu menjelang 2026. 

Dalam pelan pembangunan infrastruktur bernilai $1 trilion yang baru diluluskan pentadbiran Presiden Biden, $17 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.

Tempoh sehingga 2026 diberikan bagi memberikan masa yang cukup untuk pengeluar kenderaan menyertakan teknologi anti pemandu mabuk pada kenderaan mereka. 

Terdapat beberapa teknologi telah dibangunkan sebelum ini pemandu perlu menghembus nafas sebelum enjin boleh dihidupkan. 

Jam tangan pintar yang mengesan kandungan alkohol dalam darah juga pernah dibangunkan dengan kenderaan tidak boleh dihidupkan jika pemakai dikesan mabuk.

Selain itu sistem kamera dan kecerdasan buatan juga mungkin boleh digunakan. Sudah wujud sistem yang memantau pemandu dengan melihat tahap tumpuan mata pemandu yang mengantuk.

Apabila dikesan pemandu diarahkan berhenti. Sistem ini mungkin boleh diubah untuk memberhentikan kenderaan di bahu jalan apabila mengesan pemandu mempamerkan petanda sedang mabuk. – HARAKAHDAILY 12/11/2021

Sumber Asal: https://amanz.my/2021313385/?fbclid=IwAR1k3DT49AvuAevEDJisr_n3XelIuDV9CbbEjuDOatYu0HV592g3lMEEcsE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: AS ingin wajibkan teknologi anti pemandu mabuk, cuma beberapa kerat dari pemimpin-pemimpin politik kolot jumud ketinggalan zaman di Malaysia yang masih lagi cerewet tentang arak mabuk dan pemandu. Keluarlah dari bawah tempurung cara fikir parti politik tertentu yang perkauman dan anti Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails