Friday, February 28, 2020

Hasni Dari BN, Sah MB Johor Ke-18


Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad angkat sumpah jawatan Menteri Besar ke-18 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor. - Foto ihsan Sultan Johor Royal Press Office

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad sah menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar jam 5.09 petang tadi.
Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Hasni, 61, adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.
Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-17 pada 14 April, 2019.
Rabu lalu, Sultan Johor bertemu dengan 54 ADUN Johor bagi mengetahui siapa pilihan mereka ekoran keluarnya BERSATU daripada Pakatan Harapan (PH) pada Isnin lalu, sekali gus menjadikan Johor, kerajaan tergantung.
Ini adalah pelantikan Menteri Besar Johor yang ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei 2018. (BH)

2 comments:

SuJeng said...

Tunggu je laaaaaa bila undian utk belanjawan ujung tahun nnti. Mesti gantung punyaa lahhhh

Anonymous said...

Tunggu jer lah. Sebelum harta melayu johor dijual oleh pengkhianat. Bila ada dap ada khianat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails