Tuesday, February 25, 2020

'syor Dr M kekal PM' Khianat? -DAP Kutuk. Azmin Jawab.


DAP kutuk tindakan khianat, syor Dr Mahathir kekal PM



Kenyataan Media Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng pada 24 Februari 2020 di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP:
DAP mengutuk perbuatan khianat beberapa pemimpin dan ahli parlimen PH yang telah mencuba untuk menubuhkan sebuah kerajaan melalui pintu belakang untuk menggantikan kerajaan sedia ada yang telah dipilih secara demokratik dengan satu pakatan baharu yang dinamakan Perikatan Nasional yang terdiri daripada UMNO, PAS, MCA, dan MIC bersama dengan beberapa pemimpin PPBM dan mereka yang telah dipecat daripada PKR yang dipimpin oleh Dato Seri Azmin Ali. 
Manipulasi politik ini telah menjejaskan usaha kerajaan untuk menangani isu ekonomi dan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat biasa dan perniagaan.
Dalam menentang cubaan khianat untuk menafikan mandat yang telah diberikan rakyat kepada PH ini, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM.
Saya telah melawat Tun pagi ini di kediaman beliau dan terkejut apabila Tun menyatakan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan. Saya juga berhasrat untuk mengesahkan laporan dalam The Edge yang menyatakan “Dr M quits as he does not want to work with UMNO”. Tun Dr Mahathir telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak boleh bekerja dengan UMNO apabila kita telah bertungkus lumus untuk menolak UMNO dengan jayanya dalam Pilihan Raya Umum 2018.
 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur – Foto: Hasful Zainuddin
DAP ingin memuji pegangan berprinsip Tun Dr Mahathir untuk menolak kerjasama dengan UMNO yang dimana pemimpin mereka terbabit dengan amalan-amalan rasuah yang telah menyebabkan Malaysia dilabelkan sebagai “kleptokrasi global yang terburuk”. 
Perlu dinyatakan bahawa ini adalah kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia bersedia untuk meletakkan jawatan atas prinsip untuk menegakkan integriti dan melawan rasuah.

Kedudukan berprinsip dan juga konsisten ini dalam menolak UMNO yang korup ini haruslah disokong oleh semua rakyat Malaysia. Oleh itu, DAP berhasrat untuk mengesyorkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri supaya Pakatan Harapan dapat terus memenuhi dan menyampaikan janji-janji dalam Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan. – Roketkini.com

'Kami sangkal sekeras-kerasnya pihak yang label kami pengkhianat'
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada Isnin memutuskan bahawa Mohamed Azmin serta Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail


Sementara itu, Kumpulan Ahli Parlimen PKR yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabelkan kumpulan berkenaan sebagai pengkhianat.

Dalam satu kenyataan bersama, kumpulan itu sebaliknya berkata, pengkhianat sebenar adalah mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad di tengah penggal.

"Mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri ditengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa Perdana Menteri dari perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat," kata kenyataan tersebut menerusi laman Facebook Mohamed Azmin pada Isnin malam.

BACA: Azmin, Zuraida dipecat dari PKR berkuat kuasa serta-merta

BACA: Azmin dan 10 ahli PKR keluar parti, bentuk blok bebas di Parlimen

BACA: Peletakan jawatan Tun M: Apa yang anda perlu tahu setakat ini

Susulan tindakan itu, kenyataan tersebut memaklumkan Mohamed Azmin dan kumpulannya telah mengambil langkah proaktif untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri di tengah-tengah penggal. -Astroawani.



Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Hasil carian imej untuk catur politik

3 comments:

Anonymous said...

Nanti tarbiah cina ni supaya hidup berharmoni kat malaysia. Jangan asyik menghentam ekonomi orang melayu. Jangan asyik nak ubah cara hidup dan agama orang melayu. Jangan asyik nak lebel orang melayu sebagai rasis.

Anonymous said...

Paling kurang tarik kerakyatannya kerana cuba melumpuhkan ekonomi orang melayu.

Anonymous said...

Akhirnya MP PAS dapat jadi menteri?
Huhuhuhu
Tak sia² kawan dengan azmin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails