Friday, February 28, 2020

Perkukuh Maufakat Nasional Piagam 14 September 2019.. -Majlis Syura.


Majlis Syura tolak kerajaan bersama DAP

KANGAR: Majlis Syura Ulama PAS menyatakan sokongan padu di atas ketegasan Muafakat Nasional untuk tidak akan bersama dengan idea kerajaan perpaduan sekiranya DAP turut disenaraikan.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan kerjasama dengan DAP, PAS enggan bersama.



“Kita tidak akan bersama pembentukan kerajaan baru yang turut disertai DAP.

“Sikap dan pandangan PAS sekarang memperkukuhkan agenda Muafakat Nasional walau apa pun situasi yang berlaku dalam negara.

“Perkara ini tiada tolak ansur, PAS dan Umno mesti berpegang kepada janji yang dimaterai pada piagam ditandatangani bersama 14 September 2019,” katanya pada persidangan media di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) hari ini.

Menurutnya juga sekiranya piagam muafakat dilanggar ia akan rosak sekaligus menyebabkan kepincangan yang berlaku sekarang bertambah rosak.- HARAKAHDAILY 27/2/2020

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails