Thursday, February 27, 2020

P'Raya! Jika Tiada Majoriti&Setelah Diserah Pada D/Rakyat.

Hasil carian imej untuk dewan rakyat
Tiada majoriti bentuk kerajaan, serah pada Dewan Rakyat - Tun M

KUALA LUMPUR: Kecelaruan politik negara yang masuk hari empat semalam belum terungkai dengan tanda tanya siapa bakal Perdana Menteri kelapan untuk membentuk kerajaan belum terjawab.

Namun, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tiada majoriti untuk membentuk satu kerajaan.


Menurut Dr Mahathir, sesi temu bual bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tersebut mendapati bahawa tiada calon pilihan majoriti yang mampu diangkat sebagai Perdana Menteri seterusnya.

“Hasil temu bual khas yang diadakan tersebut, tiada calon yang memperoleh sokongan majoriti.”

“Baginda bertitah bahawa langkah seterusnya perlu dibawa dalam sidang Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 2 Mac bagi menentukan siapa yang memeprolehi sokongan majoriti untuk dijadikan Perdana Menteri,” kata Dr Mahathir.


Jelasnya lagi, beliau berkata demikian dalam satu Sidang Media Khas sempena Majlis Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Malaysia di Putrajaya, pada Khamis.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa sekiranya pemilihan menerusi dewan rakyat itu tidak berhasil, Malaysia bakal mengadakan pilihan raya.

Semalam, Dr Mahathir mengesyorkan penyelesaian kuat iaitu pembentukan kerajaan campuran yang tidak memihak mana-mana parti politik.

Syor itu disuarakan Dr Mahathir dalam perutusan disiarkan secara langsung dari Putrajaya semalam, bersama kesediaannya kembali memimpin negara jika masih mendapat sokongan.


“Keputusan pertemuan itu, baginda tidak menemui satu pihak yang mempunyai majoriti. Oleh itu, langkah seterusnya ialah melalui Parlimen.

“Dewan Rakyat akan menentukan siapa yang mendapat majoriti dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

“Jika Dewan Rakyat gagal menentukan majoriti, langkah seterusnya ialah pilihanraya umum.

“Jika yang mendapat majoriti tidak terikat dengan mana-mana parti, maka Parti boleh ditubuhkan dan semua parti politik boleh mempunyai wakil dalam kabinet,” kata beliau. (AA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails