Monday, February 24, 2020

Tendang Keluar DAP? Pertemuan Presiden-presiden Parti Politik..


Makan malam Azmin, PAS, Umno dan PPBM tamat tanpa umum ‘kerajaan baru’

PETALING JAYA: Majlis makan malam melibatkan pemimpin PKR yang bersepakat dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Umno, PAS dan PPBM berakhir tanpa pengumuman, ketika negara gempar dengan desas-desus mengenai penyusunan semula politik yang boleh menamatkan komposisi semasa Pakatan Harapan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad tidak menghadiri makan malam ini. Pemimpin tertinggi yang kelihatan adalah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.

Wakil-wakil rakyat yang ditemui enggan memberi mengulas pertemuan malam ini, yang dianjurkan selepas berpuluh kenderaan yang diiringi polis dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada 5.30 petang.

Sejak awal pagi, Lembah Klang “sibuk” dengan cakap-cakap bahawa Mahathir akan memimpin satu langkah politik untuk menendang keluar DAP daripada Pakatan Harapan (PH) yang berjaya merampas kuasa kerajaan berikutan kemenangan bersejarah gabungan politik itu pada pilihan raya umum Mei 2018.

Perubahan politik di Putrajaya akan menamatkan penglibatan DAP dalam kerajaan persekutuan, sementara parti berteraskan orang Melayu dijangka memainkan peranan dominan dalam gabungan baru politik yang bakal muncul.

Bulan lepas, FMT melaporkan pertemuan peribadi antara Mahathir dengan presiden PAS, Abdul Hadi Awang mungkin memberi isyarat tentang penyusunan semula kuasa politik di Putrajaya, langkah yang mungkin mengetepikan DAP, dan khususnya, menggagalkan cita-cita Anwar menjadi perdana menteri.

Penyusunan baru itu akan menyatukan kumpulan politik yang menyokong Mahathir dengan pengaruh PAS di nusa teras Melayu di wilayah utara Semenanjung. (Mindarakyat)

Tiada apa-apa pengumuman dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini berhubung pembentukan kerajaan baru. — Foto oleh Firdaus Latif
Tiada apa-apa pengumuman dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini berhubung pembentukan kerajaan baru. — Foto oleh Firdaus Latif

Lihat sebelum ini..

Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

1 comment:

Anonymous said...

Kita menolak parti kafir harbi DA-Pigs dan boneka liberal dan khadam liberalnya kerana mereka menentang Islam Dan menindas umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails