Wednesday, February 26, 2020

Kertas Putih FELDA: Terbongkar Satu Lagi Bukti PH Menipu..



SIKAP Pakatan Harapan (PH) dengan ‘trend‘ menyalahkan kerajaan terdahulu amat serasi ‘bagai pinang dibelah dua’ apabila satu lagi bukti mereka menipu tersingkap dibalik topeng perjuangan untuk peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).


PH sebelum ini menuduh BN merompak sejumlah wang daripada FELDA, namun setelah Kertas Putih FELDA dibentangkan, ternyata wang tersebut sebenarnya dipinjamkan semula 84,388 lebih kepada peneroka FELDA.
Ternyata, RM8 bilion tersebut digunakan untuk Pembesaran Rumah, Skim Insentif Usahawan, Institusi Pengajian Tinggi, Komputer dan penanaman semula. (Rujuk Foto)
Menurut Ahli Jawatankuasa GENERASI FELDA, Roslan Md Esa, ‘trend‘ PH ini membuktikan bahawa kemenangan PH pada PRU lalu disulami dengan janji-janji palsu dan fitnah.
Katanya, beliau berani mendakwa sedemikian kerana berpendapat tuduhan yang dilemparkan PH terhadap BN masih belum dibuktikan.
Bahkan katanya, mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak pun masih belum dibuktikan bersalah oleh undang-undang sehingga ke hari ini.
“Dato’ Seri Najib pun masih kita tengok, seakan-akan kes yang didakwa macam tak lekat sahaja.
“Dulu, watu mereka jadi pembangkang, mereka bersetuju dengan PAS bahawa dalam isu-isu penyelewengan FELDA, sama ada pengurusan FELDA peringkat tertinggi pun perkara yang berkaitan dengan penyelewengan ini (bersetuju) untuk ditubuhkan RCI,” jelas beliau.
Namun, hari ini walaupun PH memegang tampuk pemerintahan, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) masih belum ditubuhkan, dan tuduhan BN melesapkan wang masih belum dibuktikan.
“Dan kita (sebelum ini) pun tidak tuduh dan kita sangat berhati-hati, kita pun tidak ada bukti, itu sebab kita suruh tubuh RCI.
“Ini memberi erti kata bahawa satu siasatan bebas, hanya orang-orang ini (RCI) yang boleh bekerja, siapa pihak polis untuk menyiasat Perdana Menteri? siapa badan SPRM untuk nak siasat Perdana Menteri?
“Sebab polis pun bawah Perdana Menteri, sebab itu kita kata ‘RCI is the best methode‘, dia bawah Yang Dipertuan Agong dan bebas,” jelasnya lagi ketika dihubungi Harakah pada Selasa.
Ditanya mengenai tindakan PH selepas mengambil alih FELDA, beliau berkata setakat ini pengurusan Felda yang baharu juga keliahtan seperti tidak ada idea untuk melunaskan janji mereka.
Katanya, mereka mengambil alih melalui janji-janji untuk melunaskan hutang peneroka FELDA, dan umpan tersebut mengena apabila rakyat memberi undi, namun apa yang berlaku hari ini orang-orang tersebut seolah-olah sudah arwah.
“Rakyat bagi undi kepercayaan kepada mereka itu kerana mereka terpukau dengan janji-janji yang ditaburkan PH, antaranya ialah penghapusan hutang-hutang peneroka.
“Namun, apa yang berlaku hari ini, apa yang diharapkan tidak berlaku. Bahkan peneroka tercari-cari, mana dia pemimpin-pemimpin yang dulu lantang bersuara mahu haspukan hutang peneroka?
“Kemudian nak buat rumah generasi kedua, penyelewangan-penyelewangan isu ladang, isu baja FELDA Plantation, Techno Plant.
“Orang-orang ini seakan-akan macam seolah meninggal, peneroka tercari-cari, padahal orang ini yang berjuang dulu, seakan-akan macam membela nasib mereka.
“Akan tetapi, hari ini bila mereka dapat jawatan yang selesa, duduk dalam GLC, duduk dalam pentadbiran kerajaan, mereka dah lupa dah, dah lupa dah istilah perjuangan membela mereka (rakyat) yang tertindas dan lain-lain,” jelasnya sesal.
Sementara itu, Dato’ Seri Najib Razak turut mempersoalkan berkenaan Kertas Putih FELDA yang mengelarkan perkongsian hasil bersama peneroka digelar sebagai ‘penggunaan tidak produktif’. (rujuk foto)
Katanya, sebahagian besar wang yang diperolehi FELDA dari penyenaraian FGV dibayar kepada peneroka, koperasi peneroka, sumbangan kepada negeri, Pinjaman Pembesaran rumah Peneroka dan lain-lain.
“Namun PH gelar bayaran-bayaran ini adalah ‘penggunaan tidak produktif’ dalam kertas putih mereka. Kongsi keuntungan dengan peneroka pun digelar penggunaan tidak produktif ke?” soal beliau di dalam Facebooknya.
Malah, beliau turut menjelaskan pembelian Eagle High Plantation sebelum ini yang dikatakan merugikan, dan membaiki salah tuduh PH itu. – HARAKAHDAILY 20/2/2020

2 comments:

#janganrasakitalebihbaikdrorglain said...

Udah udahlah...tumpu kesejahteraan rakyat. Mari berganding bahu samaada blog pembangkang mahu pun blog pemerintah.

Anonymous said...

Hentikan Pusing Cerita..

Aii Pungkok Gian Eng Tersepit pon masih jilat lagi..
Kesian, tulang besi, puaka rimba dan lancu-lancau masih jadi peluloq pungkok tak basuh gian eng.. kesian, memang keturunan kamu pecacai.. suka makan dedak babi kesian.

Ramai dah lari, tapi memang kamu keturunan pecacai masil kekal jadi penjilat juboq kapiaq laknatullah!

kalau tak berubah akan jadi hamba pecacai kapiaq sampai kiamat. Kalau mampuih nak mintak tolong gian eng solat ke??

Astaghfirullah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails