Monday, February 24, 2020

Selesai Anwar Hadap Agong. Tun M Letak Jawatan PM&Pengerusi BERSATU (Keluar PR)


Anwar dan Dr Wan Azizah keluar dari Istana Negara sebentar tadi - Foto Bernama
Anwar selesai menghadap Agong

KL: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, sebentar tadi.
Kereta jenis Lexus yang membawa Anwar dan PROTON Perdana yang membawa Dr Wan Azizah dilihat keluar dari Istana Negara melalui pintu dua pada jam kira-kira 3.15 petang.
Kedua-dua mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong kira-kira 40 minit bagi memaklumkan berhubung perkembangan politik semasa tanah air.
Terdahulu, kedua-dua mereka tiba di Istana Negara secara berasingan pada jam 2.30 dan 2.40 petang.
Jam 1.00 tengah hari tadi, Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
BERSATU dalam kenyataan rasmi pula mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat. 
(BH)
Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Hasil carian imej untuk catur politik

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails