Sunday, February 23, 2020

25 Kereta VIP Keluar Dari Istana Negara. Ulamak PAS Arah Solat Hajat Khusus.



KL: Terkini laporan daripada Istana Negara, krew Harakah mendapati 25 buah kenderaan kenamaan (VIP) menuju keluar daripada Istana Negara.
Walaupun kenderaan tersebut tidak dipastikan milik siapa namun dipercayai adalah pemimpin utama Bersatu dan Umno.
Sekarang ini seluruh media sedang tertumpu di Sheratol Hotel menanti sebarang kemungkinan sidang media tergempar yang akan diadakan oleh Presiden Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad usai urusan di Istana Negara.
Difahamkan sebentar lagi Tun Mahathir bersama beberapa pemimpin parti lain akan mengadakan sidang media. Menurut HarakahDaily.
Sementara itu Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengeluarkan arahan Solat Hajat Khusus untuk kesejahteraan dan keselamatan negara.
KENYATAAN MEDIA 

Dewan Ulamak PAS Pusat29 JUMADAL AKHIRAH 1441H  l  23 FEBRUARI 2020 ARAHAN SOLAT HAJAT KHUSUS KESEJAHTERAAN & KESELAMATAN NEGARA

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengarahkan semua ahli di seluruh peringkat untuk mengadakan solat hajat khusus bagi kesejahteraan dan keselamatan negara ekoran situasi perkembangan politik semasa yang berlaku di peringkat nasional.
2. Penularan berita mengenai pelbagai analisa dan andaian terhadap iklim politik semasa negara sama ada berlakunya perubahan pada tampuk pemerintah negara atau kekal dan kebarangkalian pembubaran Parlimen. Kesemua tersebut diserahkan kebijaksanaan pimpinan utama kita dalam menguruskannya dan ahli wajib terus memberikan thiqah dan wala’ pada arahan dari masa ke semasa.
3. Berhubung itu, DUPP mengarahkan solat hajat dilaksanakan segera bagi memohon petunjuk dan nusrah dari Allah agar keselamatan negara kita terjamin dan terus berada dalam kesejahteraan.
Sekian.
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah PAS akan jadi kerajaan tak lama lagi. Harap tunaikan cadangan yang selalu dilaungkan
1. Hapuskan kedai2 judi
2. Hapuskan kedai2 arak
3. BENTERAS LGBT yamg zaman PH dikatakan menyokong.
Yang paling penting HUDUD mesti di bawa ke parlimen dan diluluskan dengan RUU 355. Toada alasan lagi selepas ini kalau ditakdirkan menjadi sebahagian dari kerajaan. Allah memerhati apa yang dikata dan apa yang dibuat selama ini.

Anonymous said...

akhirnya merasa jugak jadi menteri MP PAS hahahahahaa

Anonymous said...

Manifesto ph. Tak dapat buat nak salahkan org lain.

Anonymous said...

"AnonymousFebruary 24, 2020 at 7:34 AM
akhirnya merasa jugak jadi menteri MP PAS hahahahahaa"

Macam kecewa jer!!!!! Releks brother.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails