Sunday, February 23, 2020

Pengganas LTTE: Katadua, Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara.

Peguam Negara, lepas jawatan atau patuh dasar kerajaan - Maszlee Malik
Tommy memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas. - Astro AWANI / Shahir Omar  
Peguam Negara, lepas jawatan atau patuh dasar kerajaan - Maszlee Malik

KL: Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik memberi dua pilihan kepada Tan Sri Tommy Thomas sama ada mahu mematuhi dasar kerajaan, atau melepaskan jawatannya sebagai Peguam Negara.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian susulan tindakan Tommy memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), pada Jumaat.



Jelas Maszlee, kegagalan Tommy mengambil kira dasar kerajaan bukan sahaja salah, malah ia jelas bertentangan dengan peranan Peguam Negara selaku Penasihat Undang-Undang utama kerajaan Persekutuan.

“Saya mengambil maklum terdapat peranan yang berbeza apabila Tan Sri Tommy Thomas menjalankan tugas sebagai pendakwa raya dan apabila beliau berperanan sebagai Peguam Negara iaitu Penasihat Undang-Undang.


“Namun, dalam menjalankan tugas sebagai pendakwa raya, Tommy tidak boleh sama sekali membelakangi dasar kerajaan,” demikian katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut kata Maszlee, kuasa untuk menyenaraikan sesuatu kumpulan sebagai kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah terletak di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.

“Selagi mana ia tidak diubah oleh Menteri Dalam Negeri, maka ia kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara melalui agensi serta badan kerajaan seperti PDRM.

“Keputusan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan ke atas 12 individu yang telah dituduh di mahkamah adalah disandarkan kepada keputusan kerajaan Australia dan Sri Lanka.

“Walau bagaimanapun, keselamatan negara adalah tanggungjawab kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri,” ujarnya.

Semalam, Jabatan Peguam Negara membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 tertuduh yang sedang berdepan pendakwaan menyokong LTTE selepas mendapati tiada prospek jelas untuk mensabitkan dengan mana-mana daripada 34 pertuduhan dihadapi mereka.

Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60, mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kumpulan militan LTTE masih dikategorikan sebagai kumpulan pengganas dan kerajaan tidak berhasrat untuk mengugurkan kedudukan kumpulan itu. (AA)



KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR
YB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI
PESURUHJAYA PAS SELANGOR
TINDAKAN PEGUAM NEGARA TIDAK MASUK AKAL, SILA LETAK JAWATAN
  1. Tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang memberhentikan prosiding terhadap 12 individu tertuduh dalam mana-mana 34 pertuduhan berkaitan kumpulan militan, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dan mengejutkan semua pihak.
  2. Tindakan tersebut yang dilaksanakan atas budi bicaranya berkuat kuasa semalam, 21 Februari 2020 seakan mencabar kewibawaan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan. Ini kerana penahanan 12 individu tertuduh tersebut adalah berdasarkan dapatan bukti-bukti tertentu lagi dipercayai yang mengakibatkan mereka di tahan di bawah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan ditempatkan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perbicaraan.
  3. Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri pada hari ini turut mempertikaikan tindakan Peguam Negara apabila mencampuri urusan dan bidang kuasa Menteri Dalam Negeri. Pihak KDN secara tegasnya memaklumkan bahawa, sehingga kini kumpulan militan, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih lagi dikategorikan sebagai kumpulan pengganas.
  4. Sikap Peguam Negara ini mesti diambil tindakan tegas. Jika dibiarkan begitu sahaja, dibimbangi Malaysia bakal menjadi sarang merekrut pengganas di masa hadapan. Kebimbangan ini adalah berasas kerana penahanan 12 individu tertuduh sebelum ini adalah berdasarkan pertuduhan mereka dalam memberikan sokongan kepada LTTE dalam suatu majlis, memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam media sosial dan pertuduhan memiliki, mengedar dan memaparkan bahan-bahan berkaitan LTTE.
  5. Hakikatnya, tindakan pembebaskan 12 tertuduh yang penuh dengan bukti sokongan kepada LTTE tersebut telah pun mencalarkan imej negara Malaysia di mata dunia kerana secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai “tempat berselindung dan pembiakan” sarang pengganas LTTE yang berbahaya. Sedangkan sebelum ini Malaysia merupakan negara yang kuat kempen dalam menentang kumpulan pengganas namun hanya indah khabar dari rupa apabila tuduhan berkaitan LTTE diberhentikan begitu sahaja.
  6. Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) mengecam tindakan Peguam Negara yang tidak masuk akal tersebut. Demi menjaga keharmonian dan keselamatan serta undang-undang negara agar tidak dicabuli sewenang-wenangnya, BPPNS juga mendesak Peguam Negara untuk meletakkan jawatan dengan berundur secara hormat atas tindakannya yang mengundang bahaya besar terhadap negara Malaysia. Jika tidak, negara Malaysia akan terdedah kepada bahaya dan bakal menjadi sarang pengganas.
28 Jamadul Akhir 1440H | 22 Februari 2020

7 comments:

Anonymous said...

Ini statement yg membransangkan. Selamatkan malaysia dari kerakusan dap, pan dan pkr.

Anonymous said...

Menate..

Anonymous said...

Apabila penjenayah terdiri dari pemimpin kafir harbi roket, Mr tomato kicap sesuka hati membebaskan mereka dari perbicaraan mahkamah.

Jika kaum Melayu didakwa melakukan jenayah, pendakwaan berjalan lancar tanpa sebarang bantahan putar belit dari Mr tomato kicap.

Oleh sebab itu, rakyat sepatutnya menghumban Mr tomato kicap dan parti kafir harbi roket ini ke India dan China Komunis kerana puak ini adalah kepala bapak rasis.

Anonymous said...

Kita masih lagi ingat bagaimana AG KERAjaan PH cuba menafikan keadilan untuk Adib dengan membuat affidavit menafikan Adib sedangkan siasatan mahkamah masih berjalan dan Hakim belum membuat sebarang keputusan tentang kematian Adib.

Anonymous said...

Pembetulan Komen 12:17pm:

Kita masih lagi ingat bagaimana AG KERAjaan PH cuba menafikan keadilan untuk Adib dengan membuat affidavit menafikan dakwaan Adib dibunuh sedangkan siasatan mahkamah masih berjalan dan Hakim belum membuat sebarang keputusan tentang kematian Adib. Hasil siasatan mahkamah didapati Adib telah dibunuh.

Pemimpin-pemimpin DAP yang membuat hasutan perkauman berkaitan rusuhan puak hindu di kuil Hindu yang menyebabkan kematian Adib tidak didakwa. Adakah kedudukan pemimpin lebih tinggi dari rule of law ?

Nampaknya janji PH untuk menegakkan rule of law hanyalah janji palsu untuk kencing rakyat sahaja.

Dr olivia Alexander said...

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

Anonymous said...

Awas sendiket penipuan online !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails