Monday, February 24, 2020

PM Letak Jawatan, Rentetan Peristiwa Setakat Ini..

Peletakan jawatan Tun M: Apa yang anda perlu tahu setakat ini
Dalam pada itu, barisan pimpinan tertinggi PKR turut dijangka akan mengadakan sidang petang ini bagi menjelaskan keadaan terkini parti komponen PH itu. - Gambar fail
Peletakan jawatan Tun M: Apa yang anda perlu tahu setakat ini'

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir hari ini mengesahkan telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, selain mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Bersatu Pribumi (BERSATU).

Surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekitar jam 1.20 tengah hari Isnin.


Ini kemuncak kepada kemelut politik yang sudah bermula sejak Ahad. Spekulasi mula menular terutamanya apabila berita berhubung mesyuarat lima parti termasuk PKR, UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan BERSATU berlangsung di ibu negara pada Ahad.

Namun, peletakan jawatan secara mengejut berkenaan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan pemerhati olitik di negara ini.

Berikutan beberapa perkara yang anda perlu tahu setakat ini:

Anwar rayu Dr Mahathir tidak lepas jawatan

5.30 petang: Anwar memaklumkan telah merayu kepada Dr Mahathir supaya tidak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian sebaik meninggalkan Istana Negara, sebentar tadi. 

Agong belanja media makan KFC!

5.00 petang: Kepenatan pengamal media terubat selepas Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi berkenan menjamu wartawan dan jurukamera yang bertugas di hadapan Istana Negara dengan ayam goreng KFC. 



4.45 petang: Dr Mahathir dilaporkan tiba di Istana Negara sebentar tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

DAP syor Dr Mahathir kekal Perdana Menteri

4.40 petang: DAP memaklumkan akan mengesyorkan agar Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri, demikian kata Lim Guan Eng.

Syor berkenaan akan dicadangkan dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH yang dijangka diadakan malam ini.


DAP kutuk perbuatan khianat

4.30 petang: DAP dalam sidang media sebentar tadi mengutuk perbuatan khianat beberapa pemimpin parti yang cuba untuk mewujudkan kerajaan baharu melalui pintu belakang. 

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, parti baharu yang dicadangkan bagi menggantikan PH dikenali sebagai Perikatan Nasional - gabungan parti UMNO, MCA, MIC, Bersatu dan segelintir pemimpin yang dipecat dari PKR. 

"Manipulasi  politik ini telah menjejaskan usaha kerajaan untuk menangani isu ekonomi dan kos sara hidup, bukan sahaja rakyat biasa, tetapi juga perniagaan," demikian katanya.


Dalam pada itu, Guan Eng mendakwa keputusan Dr Mahathir untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana bekas Pengerusi Bersatu itu tidak sanggup untuk bekerjasama dengan UMNO.

Perkara itu dakwa Guan Eng telah dimaklumkan oleh Dr Mahathir ketika beliau membuat pertemuan di rumahnya, pagi tadi. 

"Tun Dr M (Mahathir) telah menyatakan dengan jelas tidak boleh bekerjasama dengan UMNO apabila secara bertungkus-lumus menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum pada 2018," katanya. 

Bersatu adakan mesyuarat tergempar

4.15 petang: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu malam ini.

Dr Mahathir menghadap Agong

4.00 petang: Dr Mahathir dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 5 petang ini.

Pertemuan ini dipercayai akan berlangsung selepas Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Anwar menghadap Agong

3.30 petang: Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan Istana Negara selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong selama kira-kira 40 minit.

Sebelum itu, beliau dilaporkan tiba di Istana Negara sekitar pukul 2.30 petang. 


Sidang media PKR

3 petang: Dalam pada itu, barisan pimpinan tertinggi PKR turut dijangka akan mengadakan sidang pada petang ini bagi menjelaskan keadaan terkini parti komponen PH itu.

Setakat ini, difahamkan PH terbubar selepas BERSATU mengumumkan keluar PH.

Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dipecat

2.30 petang: Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin dipecat sebagai anggota Keadilan berkuatkuasa serta-merta, menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Tun Dr Mahathir letak jawatan

1.20 tengah hari: Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.


Bersatu keluar PH

1 tengah hari: Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.


Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Hasil carian imej untuk catur politik

1 comment:

Anonymous said...

Yang penting sekarang nih yg semua orang yg telusfikiran ialah Mesia dah terlepas dari cengkaman Geng2 covid19X aka Wuhan19X aka dapigs.
Langkah seterusnya masih banyak dan jauh..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails