Wednesday, February 26, 2020

‘politikus bunuh demokrasi negara’ -Himpunan Haram Di Dataran Merdeka.


Kira-kira 80 individu hari perhimpunan aman di Dataran Merdeka bagi meluahkan kekecewaan situasi kemelut politik ketika ini. Foto Rohanis Shukri.
Berhimpun tanda kecewa
KUALA LUMPUR: Perhimpunan di Dataran Merdeka, di sini, malam ini bertujuan meluahkan kekecewaan terhadap situasi politik semasa ketika ini.
Peguam aktivis, Fadiah Nadwa Fikri berkata, mereka tidak mewakili mana-mana parti politik dan hanya menyuarakan perjuangan rakyat.
“Kami terdiri daripada rakan-rakan aktivis masyarakat yang prihatin dan mengambil langkah berterusan kerana tiada naratif menunjukkan kuasa rakyat.
“Kita tidak boleh menyerahkan kepada ahli politik kerana mereka tidak memikirkan rakyat. Ahli politik hanya meraih simpati rakyat untuk mengundi mereka dan memerlukan undi sebelum pilihan raya, namun akan melupakannya selepas itu.
“Kita tidak mahu menyokong ahli politik, sebaliknya mereka mendengar suara rakyat. Jika lupakan rakyat lagi, kita akan beri mereka pengajaran,” katanya ditemui di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.
Tinjauan Berita Harian di lokasi mendapati ada beberapa individu yang hadir perhimpunan berkenaan menaburkan bunga dan menyalakan lilin sebagai simbolik tanda protes sambil melaungkan ‘politikus bunuh demokrasi negara’.
Dianggarkan kira-kira 80 individu hadir dalam perhimpunan berkenaan yang mula berkumpul jam 8.30 malam dan dilihat mula bersurai dari lokasi itu kira-kira jam 10 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung perhimpunan itu kerana tiada notis makluman.
“Kami tidak ada menerima sebarang notis makluman penganjuran perhimpunan itu. Namun, penugasan pemantauan tetap dilakukan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekecohan.
“Kami akan membuka siasatan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana tiada notis makluman daripada penganjur,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Katanya, polis akan mengenal pasti penganjur perhimpunan berkenaan dan memanggil pihak terbabit untuk membantu siasatan.(BH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails