Westlife yang kini berada di Shah Alam untuk jelajah konsert mereka, The Twenty Tour berharap remaja tersebut segera ditemui dan yakin kerajaan Malaysia sedang melakukan yang terbaik dalam misi pencariannya.
“Kami berharap Nora akan segera ditemui dan pada sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat tentang kehilangannya, segeralah laporkan kepada pihak berkuasa.
“Kami pasti keluarganya akan sangat menghargai pertolongan anda, terima kasih Malaysia,”ujar salah seorang ahli kumpulan, Nicky Byrne ketika membuat persembahan sebentar tadi. 
Tambahnya lagi, kehilangan Nora terasa dekat dengan mereka kerana berasal dari negara sama iaitu Ireland.
Sehingga kini, pihak polis belum menemui  motif yang jelas berkenaan kehilangan remaja berkenaan. - K! ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kumpulan pop popular, Westlife menyeru rakyat Malaysia sama-sama menghulur bantuan maklumat bagi mencari remaja Ireland, Nora Anne Quoririn, 15, yang dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban sejak 4 Ogos lalu.
Lihat..
Begitu juga pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh seorang ADUN Parti DAP (Berjawatan Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung), Paul Yong Choo Kiong, di rumah majikannya itu, di Meru.
Mari kita sama-sama panjatkan doa keadilan untuknya, dan penjenayah itu dihukum dengan wajar.
Lihat ini..


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)