Ini kerana Pemangku Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, pengguna kini hidup di luar kemampuan mereka disebabkan kenaikan harga makanan dipercayai berpunca daripada sistem serta dasar pertanian negara.
"CAP telah lama mendedahkan peningkatan dalam harga makanan sejak berdekad tetapi malangnya gesaan kami tidak mendapat perhatian.
"Kerajaan perlu mengubah seluruh dasar pertanian serta pelbagai agensi kerajaan untuk membaik pulih sepenuhnya sistem sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, jika sistem sedia ada tidak diubah adalah mustahil untuk memulihkan semula kerosakan yang telah dilakukan sejak hampir empat dekad yang lalu.
"Kita juga tidak mempunyai dasar pengeluaran makanan yang lestari menjadikan kita mudah terjejas dalam keadaan seperti hari ini.
"Lebih-lebih lagi, rantaian bekalan makanan daripada ladang kepada pengguna secara kasarnya tidak cekap yang membolehkan pelbagai peringkat orang tengah mengaut keuntungan daripada proses ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim'Ubah dasar pertanian negara' -Ibnu Hasyim Sokong CAP

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)