Tuesday, August 06, 2019

Anda Di Hati Kami, Santuni Masyarakat India.

 

PAS Bangi terus santuni hal ehwal masyarakat India
BANGI: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Bangi telah mengadakan program Ziarah Mahabbah "Anda Di Hati Kami" (ADHK) menyantuni masyarakat India di Pekan Bangi, kelmarin.
Lawatan kali ini dipimpin sendiri Yang DiPertua PAS Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah bersama Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan PAS Cawangan.
Pada ziarah itu, delegasi PAS Bangi telah menyampaikan sumbangan, selain turut memberi perhatian kepada masalah kebajikan ibu tunggal melibatkan masalah infrastruktur rumah didiami.
Di kesempatan itu, Ustaz Shafie juga telah dipelawa penduduk asal Ladang Bangi melihat kediaman mereka yang merupakan hasil 'perjuangan' selama 20 tahun di Impian Putra, Bandar Seri Putra, Kajang, di sini.
Ladang Bangi merupakan estet yang telah dibuka sejak awal merdeka di mana para penduduknya telah terdiri dari warga emas dan generasi kedua anak-anak pekerja, tetapi diarah keluar dari penempatan itu.
Perkembangan itu ekoran tanah tersebut telah diambil alih setelah tiada lagi perusahaan pertanian dijalankan dan pihak pemaju pula mahu membangunkan kawasan itu menjadi frasarana moden.
Bagaimanapun menurut Ustaz Shafie, pengarahan keluar tersebut sejak 20 tahun lalu terpaksa ditangguhkan kerana desakan penduduk untuk mendapatkan rumah, bukan pampasan dari pihak pemaju.
"Mereka perlu rumah kerana dalam usia emas, tambahan pula tidak mempunyai pendapatan. Tidak mungkin mereka mampu membeli rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Bangi dan Kajang yang harganya sangat mahal," jelas beliau.
Pelbagai pihak terdiri dari NGO dan parti politik, termasuk PAS telah memberi pertolongan, sokongan, nasihat dan bantuan kepada penduduk hingga terealisasi tuntutan mendapat rumah sesuai untuk didiami itu dan menggembirakan mereka. - HARAKAHDAILY 5/8/2019

Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails