Sunday, August 04, 2019

Terengganu Fight Muay Thai Pelancongan Negeri


Ariffin (dua dari kanan) menyampaikan piala kepada Ali (tengah) dalam Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus.
SUKAN


KUALA NERUS, 3 Ogos - Kerajaan Terengganu akan memasukkan Terengganu Fight Muay Thai dalam kelendar pelancongan negeri sekiranya penganjur berhasrat meneruskan pertandingan itu tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau telah hadir  merasmikan pertandingan berprestij itu buat kali kedua semalam.

"Malam ini (malam semalam) adalah untuk tahun kedua saya hadir di sini bagi menyaksikan perlawanan Muay Thai.
Ariffin (tiga dari kanan) bersalaman dengan peninju dari negara Algeria.

"Saya berjanji tahun hadapan kalau pihak penganjur bersetuju untuk menganjurkan buat kali ketiga dan seterusnya saya akan memasukkan acara ini dalam kelendar pelancongan negeri Terengganu," katanya ketika merasmikan Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman.

Acara tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Ariffin seterusnya berkata, kerajaan negeri mengharapkan semua pengunjung dari dalam dan luar negeri terhibur dengan pertandingan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, kerajaan negeri baru sahaja membuka 'drawbridge' kepada laluan kenderaan, 1 Ogos lalu.

"Dengan bermulanya pembukaan 'drawbridge' kita (kerajaan negeri) mengharapkan Terengganu terus maju, berkat dan sejahtera dalam semua bidang," ujarnya.

Ariffin turut menyampaikan piala kepada peninju Terengganu Ali Yakob selepas menang dengan kiraan mata mengalahkan peninju dari Kelantan, Deng Chidam.

Ali dan Deng adalah beregu ke enam dan terakhir dalam pertandingan tiga pusingan dan  bertaraf dunia itu.

Pertandingan tahunan itu disertai oleh peninju dari Republik Islam Iran, Algeria, Laos, Thailand dan Malaysia.

Turut diadakan cabutan bertuah dengan hadiah dua buah motosikal berjenama yang dimenangi dua anak Terengganu termasuk dari Besut dan Setiu.
(teganukita.net)

Hibur Hibur Sikit
Carl Douglas Kung Fu Fighting (Original Music Video)


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

3 comments:

Anonymous said...

Dedah Aurat tu....kaki seluar berada atas kepala lutut, PAS kena sensitif sikit....PAS jangan sebar Liberalisme.

Anonymous said...

Pegi belajar lagi bab aurat lelaki mengikut semua mazhab.

Anonymous said...

Ini semua salah DAP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails