Suee Lim guna jalan belakang, ADUN Islam Selangor perlu bersatu
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim dituduh telah menggunakan jalan belakang untuk menghalang pembentangan rang undang-undang pindaan enakmen negeri berkaitan penukaran agama anak di bawah umur.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, ini berdasarkan tindakannya memendekkan sidang DUN hanya kepada dua hari.
Katanya, ini jelas menunjukkan Suee Lim menggunakan jalan belakang untuk memastikan usul itu tidak dibentang.
"Sehubungan itu saya meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang beragama Islam supaya bersatu memastikan perkara yang berkaitan dengan Islam tidak diperkotak-katikkan.
"Usul pindaan ini telah dipersetujui oleh Tuanku Sultan Selangor, Suee Lim tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa untuk menghalang usul ini daripada dibentangkan," katanya.
Usul pembentangan pindaan RUU penukaran agama kanak-kanak di bawah umur pada sidang DUN bulan lalu menimbulkan kekecohan apabila Suee Lim menyingkatkan tempoh sesi persidangan itu kepada dua hari.
Suee Lim berpendapat keputusannya adalah selaras Aturan Mesyuarat, secara tidak langsung menafikan spekulasi bahawa tindakan itu sengaja dilakukan bagi mengelakkan pembentangan pindaan
Melalui pindaan itu, Selangor mencadangkan untuk membenarkan penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara sepihak oleh salah seorang daripada ibu atau bapa mereka. - UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
- Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
2 comments:
Cina dap tiada yg lurus,kecuali rambut. Tapi buat pan, itu lah pujaan hati mereka.
Anonymous said...
Ini malaysia baru yang dicanangkan. Sex liar jika menang pilihanraya. Aktiviti sampingan sempena hadiah kemenangan termasuk rogol, semburit dan urat bini petugas. Tertipu rakyat malaysia dengan menifesto ph. Ada agenda tersembunyi sex liar jika menang. Itu belum lagi pembantaian hak melayu dan islam. Serta penolakan bertali arus setiap yg berkaitan dengan peribumi.
Memang laknat sungguh dap dan team.
Post a Comment