Saturday, August 10, 2019

Bola Sepak Universiti Al-Azhar. Tapi, Mengapa PAS?

 

SUKAN
Anak M'sia wakili pasukan bola sepak Al-Azhar
BOLA sepak merupakan sukan yang paling terkenal di dunia pada masa kini. Kejayaan dan kemajuan permainan bola sepak boleh menaikkan imej sesebuah institusi.

Hari ini, bola sepak menjadi satu industri, kerjaya, alat diplomasi dan elemen nasionalisma.
"Kunci utama untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang baik adalah bermula dengan minat mendalam terhadap dunia bola sepak," itu antara kata-kata ketua pasukan bola sepak mahasiswa Universiti Al-Azhar, Ahmad Syahman Izani, 22.

Menurut Syahman atau lebih dikenali sebagai Man, beliau mula bermain bola sepak sejak kecil dan terlibat dalam pelbagai kejuaraan bola sepak.
Beliau diberikan kepercayaan untuk menjadi ketua pasukan bola sepak sejak pasukan itu ditubuhkan pada tahun 2015.

Anggota pasukan bola sepak ini terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir terutamanya mahasiswa daripada Universiti Al-Azhar.
Al-Fiz FC telah menyertai sebanyak 13 perlawanan yang diadakan di Padang Wafa Al Amal, Cairo Mesir dan telah memenangi tiga perlawanan.

Pasukan ini dibarisi oleh 13 pemain utama. Antaranya ialah Ahmad Syahman Izani, Ahmad Syakirin Hanafi, Ahmad Naimmuazam Yusof, Amirul Asyraf Sidek, Ahmad Muaz Amran, Imtiaz Saudi, Ahmad Fathi Sabri dan Hanif Othman.
Pemain-pemain tersebut berumur sekitar 22 tahun hingga 25 tahun yang berasal dari seluruh negara. 



Mengapa PAS?

Jersi yang disarungkan oleh pemain Al-Fiz FC tersebut ditaja oleh seorang Pemuda PAS Parlimen Pasir Mas, Kelantan dan juga seorang usahawan terkenal di Mesir dan Kelantan.

Apabila bercakap mengenai sukan, harus diakui tidak banyak sukan yang menyediakan pemakaian yang mematuhi garis panduan mengikuti perspektif Islam.

"Kebanyakan ahli sukan perlu memikirkan sendiri cara bagaimana ingin menutup aurat.
"Dalam masa yang sama, kita dapat menjadi contoh kepada orang bukan Islam bahawa bersukan tidak menghalang umat Islam untuk menonjolkan bakat," ujarnya.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar pasukan bola sepak perlu mencontohi pasukan di bawah Kerajaan Kelantan yang mewajibkan pasukannya untuk menutup aurat.
Bagaimanapun, katanya, minat yang mendalam terhadap dunia bola sepak tidak menghalang beliau untuk meneruskan pelajaran sehingga ke menara gading.

Syahman yang merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik tetap berpegang dengan prinsip hidupnya bahawa beliau perlu seimbangkan antara akademik dan bola sepak.
Pelajar lulusan Ulum Islamiah ini sentiasa berpegang pada nasihat ibu bapanya untuk mengekalkan momentum pelajarannya yang kini sudah berada di tahun akhir.

Mengulas lanjut mengenai gambar beliau menyambut Hari Raya Aidilfitri di Dubai bersama rakan-rakan yang tersebar di media sosial baru-baru ini, beliau tidak menyangka gambar itu akan 'viral'.

"Kami memilih lokasi untuk beraya di Dubai kerana tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman.
"Hal ini kerana kami masih mempunyai komitmen terhadap peperiksaan akhir yang dijalankan pada bulan Ramadan yang lalu," ujarnya.

Tambah beliau, gambar bersama rakan-rakan yang dikongsikan di akaun instagram miliknya menjadi tular selepas akaun milik 'igkelantan' turut berkongsi di media sosial tersebut. - HARAKAHDAILY 8/8/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails