Thursday, August 08, 2019

Seorang Lelaki Cina Menjerit Baling Telur Ke Pejabat DAP..


Ini kalilah orang Melayu pamer solidariti.
KEGHAIRAHAN masyarakat bukan Melayu menentang usaha memartabatkan syiar Islam tidak lagi sembunyi di sebalik tabir.
Hari ini mereka tampil mengkritik hasrat kerajaan memperkenalkan tulisan jawi dan khat dalam Bahasa Melayu di sekolah vernakular. Ia memperlihat semangat juang mereka di era sekarang.
Mungkin kita tidak pernah terfikir sehingga ada aksi membaling telur. Pejabat DAP di Ipoh dijadikan sasaran. Alasannya kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu memperkenal tulisan jawi.
Media melaporkan lelaki itu menjerit-jerit dalam bahasa Cina ketika membaling telur terhadap Pusat Khidmat Adun Menglembu.
Sebenarnya lelaki Cina itu bukan keseorangan. Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy juga mengkritik pelaksanaan tulisan jawi dalam buku teks bahasa Melayu.
Tindak tanduk pemimpin terbabit mengulangi banyak rekod lama. Pernah ada pemimpin DAP menyebut langkah mayatnya dahulu sebelum hudud dilaksana.
Isu itu muncul ketika kemarahan umat Islam terhadap sikap keras kepala individu menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Mereka seperti tidak mahu serik.
Dua minggu lepas muncul pula pemilik akaun Wendy Loong di laman sosial Kiub Batu Itu Berhala. Siasatan polis mempercayai pihak berkenaan menggunakan akaun palsu.
Ternyata luahan dan aksi menghina Islam semakin menjadi-jadi. April lepas muncul nama seperti Hendry Hiung, Sally Yen dan Sarkar Tanesan.
Belum pun reda isu tersebut muncul pula gelagat warga emas DAP. Lim Kit Siang menyokong saranan Anas Zubedy supaya Dr Zakir meninggalkan Malaysia secara sukarela.
Deretan adegan mempersendakan Islam muncul silih berganti di era PH. DAP seperti tidak mampu lagi menyembunyikan impian sejak parti itu diwujudkan.
Dr Zakir Naik
Mengambil kira apa yang berlaku sekarang kehadiran Dr Zakir ke Kelantan mencuri perhatian. Pagi semalam beliau dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.
Kehadiran pendakwah label dunia itu menjadi peluang terbaik orang Melayu bangkit. Semangat dan solidariti demi maruah Islam.  
Keghairahan menunggu malam Sabtu ini seperti tidak keruan lagi. Kebetulan kehadiran Dr Zakir ketika umat Islam bersiap meraikan Hari Raya Korban.
Abe Mat dari Gua Musang antara yang sedia bersolidariti bersama Dr Zakir.
Katanya biarpun tiada pihak menyedia bas, namun dia tetap datang ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
“Dahulu ada orang sewa bas apabila ramai yang hendak datang program menarik di Kota Bharu.
“Kali ini saya belum dengar lagi. Namun saya dan keluarga tetap hadir,” katanya. Beliau ditemui di Masjid Buluh Gua Musang Ahad lepas. Abe Mat menjual durian dari kebun di Kampung Lembaga.
Kumpulan anak muda di Kuala Balah, Jeli juga tidak mahu melepaskan peluang. Kata mereka ini kalilah orang Melayu pamerkan solidariti.  
Malam ini bermula program yang dirancang sejak sebulan lepas. Dr Zakir akan menyampaikan ceramah di hadapan pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi di Kelantan Trade Centre (KTC).
Esok pula ceramah ekslusif bersama penjawat awam di Kota Darulnaim. Dan kemuncaknya di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat ini.
Pada detik itu sekali lagi puluhan ribu rakyat Kelantan akan solat hajat menuntut royalti yang tidak nampak bayangnya. – HARAKAHDAILY 7/8/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails