Hakim Ummu Kalthom Abd Samad menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Kahar Sengkang selepas dia mengaku bersalah.
Dia menjawab "ya, bersalah" selepas pertuduhan dibacakan, dan sentiasa menundukkan kepalanya sepanjang prosiding berjalan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Kahar didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu dan melakukan sumbang mahram sejak anak tirinya itu berusia 10 tahun, dengan kesalahan itu diteruskan sehingga 13 Jun tahun ini di rumah mereka (ruang tamu dan bilik tidur) di Kg Lubok Temiang semasa orang lain tiada di rumah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan 10 sebatan.
Bagi perbuatan sumbang mahram, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (A) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 376B akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan.
Dia dijatuhi hukuman penjara berjumlah 22 tahun dan 18 sebatan rotan bagi kedua-dua kesalahan.
Mahkamah memerintahkan supaya hukuman penjara dijalankan berturut-turut mulai tarikh Mohd Kahar ditangkap pada 4 Julai tahun ini.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Aliear mengendalikan pendakwaan.
Mangsa membuat laporan polis pada 13 Jun lepas apabila dia tidak tahan lagi dengan penderaan oleh bapa tirinya itu. - Bernama

Komen Weblog Ibnu HasyimBagi perbuatan sumbang mahram, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (A) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 376B akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan.

Maka lelaki biasa itu dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 18 sebatan rotan. Samakah dengan ADUN DAP rogol amah Indonesia? Ini, berita terbarunya..

IPOH: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan merogol seorang pembantu rumahnya.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata, polis juga telah menerima laporan kimia dan perubatan bagi kes tersebut yang diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya. 

"Laporan kimia dan perubatan daripada Jabatan Kimia dan hospital telah kita peroleh dan kertas siasatan telah diangkat ke pihak Pengarah Pendakwaan Negeri untuk mendapat keputusan.

"Saya percaya pihak Pengarah Pendakwaan Negeri akan mengangkat perkara ini ke Putrajaya. Kita masih menunggu jawapan. Hari ini kita angkat ke Pengarah Pendakwaan Negeri," katanya sambil menambah, pihaknya menerima laporan itu daripada Jabatan Kimia pada Isnin lepas. 


Razarudin berkata demikian kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung, Paul Yong Choo Kiong, di rumah majikannya itu, di Meru.

Sekian.

Lihat ini..

Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..