Friday, August 09, 2019

Gempur! Pastikan Jelajah Dr Zakir Lancar..




500 petugas pastikan Jelajah Dr Zakir lancar
KOTA BHARU: Seramai 500 orang petugas keselamatan akan melaksanakan tanggungjawab sempena program Jelajah Dr Zakir Naik Ke Kelantan 2019.
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan, Mohd Aliman Ismail, berkata dari jumlah itu seramai 170 orang terdiri daripada petugas Jabatan Amal.
Menurutnya, selain itu ia melibatkan anggota polis, Penguasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dan lain-lain petugas sukarelawan.
Menurutnya, pihaknya diberi tanggungjawab untuk membantu  polis dalam mengawal lalu lintas.
“Selain itu kami akan  berkhidmat menjaga keselamatan tetamu kerajaan negeri bersama pasukan keselamatan yang lain,” ujarnya.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan orang ramai yang ingin menghadiri acara kemuncak pada malam ini supaya datang lebih awal.
Aliman turut mencadangkan supaya orang ramai menaiki motosikal sekiranya tidak bersama keluarga.
“Kalau boleh kongsi kenderaan untuk mengelakkan berlakunya kesesakan jalan,” katanya lagi.
Tambahnya, ada lagi beberapa jalan utama di sekitar atadium akan ditutup selepas waktu Asar, antaranya Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Mahmood dan beberapa jalan lagi. – HARAKAHDAILY 9/8/2019 
Hasil carian imej untuk helikopter PAS
Hibur Hibur Sikit..

Video: Lagu Tema PAS



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails