Sunday, August 19, 2018

Kemelut Anwar-Dr M: Azmin, &Apa Nasib Mukhriz?

Kecoh Anwar dan Azmin, Apa Nasib Mukhriz?
Kecoh Anwar dan Azmin, Apa Nasib Mukhriz?

SEMUA mata pengamat politik kini tertumpu pada pertandingan dalam PKR yang menemukan Mohd Rafizi Ramli dengan Mohamed Azmin Ali.

Kedua-dua tokoh besar ini bersaing untuk jawatan timbalan presiden, jawatan yang panas tetapi memastikan kedudukan stabil dalam parti.

Kecoh yang amat sangat dalam PKR apabila pertembungan antara dua kem ini berlaku secara terbuka hingga nama-nama pemimpin dari PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut disebut.
Anwar yang sudah sah sebagai presiden sedang menuju ke kerusi perdana menteri seperti yang dijanjikan hasil muafakat Pakatan Harapan (PH).
Tetapi jalan itu tidak mudah kerana didakwa sedang disekat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin, dan ada pihak dalam PKR sendiri menyokong kerana mahu Azmin menjadi perdana menteri.
PH sudah mengakui yang penetapan tempoh memegang jawatan perdana menteri selama dua penggal tidak akan dilaksanakan lagi.
Belum lagi bermakna bukan keutamaan dan mungkin akan terus dilupakan dan tidak disebut lagi.
Sekiranya Anwar disekat dari menjadi perdana menteri, Azmin akan mengambil tempat itu, dan dengan pengaruhnya yang kuat, tidak sukar untuk Azmin melakukannya.
Rancangan Azmin hanya akan disekat kalau Anwar berjaya menjadi perdana menteri selepas Mahathir.
Tetapi seorang lagi pemimpin yang mahu dinaikkan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan anak kepada perdana menteri yang mahu memastikan legasinya selamat.
Mahathir mesti diakui seorang yang sangat sensitif dengan legasinya, yang menjadi sebab beliau mengacau kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tidak mungkin Mahathir tidak mahu menyediakan rancangan untuk Mukhriz, yang berusia 53 tahun seperti juga Azmin.
Beliau telah berjaya meletakkan kembali Mukhriz di kerusi menteri besar Kedah, dan tingkat seterusnya semestinya kerusi perdana menteri.
Mukhriz hanya selamat kalau Anwar tidak menjadi perdana menteri dan Mahathir mempunyai perjanjian dengan Azmin.
Banyak sebab kenapa Anwar disekat daripada menjadi perdana menteri, kebanyakannya melibatkan rancangan Mahathir dan kebimbangan ramai pemimpin lain dalam PH yang kini bergantung sepenuhnya pada Mahathir. – Mynewshub.tv
Hasil carian imej untuk tun M lawan anwar
Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

1 comment:

Anonymous said...

buatlah teori sebyk2nya selagi keputusan blum ada. berpesta kenduri arwahlah walaun dgn teori dn harapan mnggunung akn perpecahan tun dn anwar.

lupa walaun pd lgbt yg sedih diabaikn walaun kerana sibuk menaikkn populariti tun dn anwar dn mngabaikn kakak2 auuw mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails