Bercakap mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia tidak seharusnya megah dilaungkan sebagai hak setiap warganegara se­­mata-mata, sebalik­nya perlu juga diteliti me­ngenai hak dalam kelompok masyarakat.
Mengulas perkara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan bahawa kesemua perlakuan seks di luar tabii jelas merupakan satu bentuk jenayah.
Beliau berkata, walaupun ia dilakukan secara ‘sembunyi-sembunyi’, melihat kepada situasi kini, implikasi dan wabak LGBT di negara ini tetap tersebar luas tanpa sekatan terutama dalam laman media sosial.
ISMAIL MINA AHMAD
“Maknanya satu perkembangan yang tidak sihat kalau gerakan ini didasarkan kepada hak asasi manusia ataupun kebebasan. Agama tidak boleh ditundukkan di bawah apa yang disebut sebagai hak asasi manusia,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad menyifatkan bahawa LGBT merupakan satu bentuk fenomena anarkisme sosial dalam masyarakat dan sela­yaknya digelar sebagai jenayah moral yang berat. (Utusan Online)