Sunday, July 08, 2018

Tutup Sekolah Tahfiz, Zainudin Maidin Ulangi Desakan.


KUALA LUMPUR – Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan yang dikenali ramai sebagai penyokong tegar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengulangi desakan supaya operasi sekolah tahfiz di seluruh negara ditutup sepenuhnya.
“Saya harap Mujahid (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) akan dapat memainkan peranan berani dan tegas untuk membawa umat Islam negara ini kepada realiti dan keperluan kepada sikap dinamik dan menolak kearaban sebagai keislaman.
“Pertama sekali langkah mesti diambil untuk menutup semua sekolah tahfiz di negara ini yang tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baru Islam,” kata Zainuddin yang juga dikenali dengan nama pena Zam dalam tulisan di blognya hari ini.
Menurut penulis buku politik ‘Mahathir Di Sebalik Tabir’ itu lagi, usaha juga perlu dilakukan untuk mencegah sekolah agama dari menjadikan kupiah dan jubah sebagai pakaian di sekolah.
“Cegahlah sekolah-sekolah agama menjadikan pakaian Arab sebagai uniform sekolah. Galakkan memakai songkok, berseluar dan berkemeja.
“Cegah kupiah dan berjubah. Sunnah Nabi tidak ada lagi dalam jubah yang telah pun dimodenkan oleh commercialism,” katanya lagi.
Pada September tahun lalu, penyokong kuat Dr Mahathir itu juga pernah mencetuskan kontroversi apabila mendesak kerajaan mengharamkan sekolah tahfiz susulan tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah.
“Menteri pendidikan tak anggap urgent syor saya supaya sekolah tahfiz diharamkan dahulu sehingga ada standard sistem. Hari ini dia bayar harganya.
“Pengetua Pusat Tahifiz yang terbakar patut ditangkap kerana tak patuh arahan (peraturan keselamatan) DBKL dan BOMBA,” kata Zam menerusi akaun twitternya pada 14 September 2017.
Zam yang waktu itu giat menyokong usaha Dr Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak juga cuba mempolitikkan insiden kebakaran yang mengorban pelajar tahfiz itu dengan mengaitkan lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat (AS).
“25 pelajar tahfiz Keramat Hujung Datuk Keramat mati terbakar pagi ini. Berita ini tenggelamkan berita kejayaan Najib jumpa President Trump,” katanya di laman twitter yang sama.
Apabila netizen membidas tulisannya yang mengaitkan lawatan Najib ke AS dengan kebakaran tersebut, Zam kemudiannya mendakwa insiden tersebut berlaku kerana kelalaian kerajaan pimpinan Najib.
“Mana boleh tak ada hubungan. Tragedi besar di negaranya kerana kelalaian pemerintahannya,” kata Zam dengan yakin mempertahankan tulisannya.
Bagaimanapun hasil siasatan pihak polis dan bomba mendapati insiden kebakaran sekolah tahfiz itu disebabkan tindakan khianat sekumpulan remaja yang berdendam dengan pelajar tahfiz sekolah berkenaan. – SuaraTV

14 comments:

ted manoff said...

Tak perlu tutup tapii modenkan sesuai dgn keadaan semasa..nii semua angkara pas dgn menghasut pelajar tahfiz..menggunakn nama islam pada parti politik juga harus diharamkan..islam nusantara bkn terikut mana2 negara arab..pas juga wajib dihapuskan terus..🙈🙉🙊

Anonymous said...

Ted dah nampak lebih libral hingga nak sampay ke kafir pulak. Ilmu agama lebih baik dan lebih bertamadun dari ilmu dunia kerana ilmu agama rujukannya al quran bukan buku tulisan dari maknusia yg berubah2 mengikut keadaan semasa. Kita umat islam perlu guna nama islam sebab islam agama kita. Nak modenkan boleh tapi tidak pada ilmu agama islam modenkan kemudahan suasana pembelajaran. Pelajar tahfis dilihat lebih terkehadapan dari pelajar sekolah lain kerana mereka lebih taat pada ilmu pelajaran. Malah banyak terjadi macam2 masaalah sosial pada pelajar sekolah lain. Jubah sunah kita umat nabi muhammad disunatkan mengikut sunah nabi klu taknak ikut jngan hina pada yg ikut sapa yg hina sunah nabi bukan dikalangan umat nabi. Kita bukan ikut negara arab tapi kita ikut agama islam. Puak penentang islam memg dah berkurun menentang sistem pembelajaran islam jangan kamu menyambung penentangan puak penentang islam.

Anonymous said...

Tad kalau memusuhi pas pun jng pulak kaitkan dng sekolah tahfiz pulak. Nampak sangat libralnya.

Anonymous said...

Zam tak dapat nak sembunyi sifat munafiq dia. Org yg benci dgn arab ialah sebenarnya org yg benci kpd islam juga. Bagaikan langit dan bumi. Itu lah bezanya pemikiran zam dan org2 yg cinta kpd alquran dan cinta kepada Rasulullah saw.

Anonymous said...

Moga zam dapat hidayah dari allah dan menjadi umat islam yg bertakwa. Ameeen

tajnur said...

Salam. Dalam keadaan begini, saya kira lebih baik tutup juga semua jenis premis perniagaan segera yang menbantu pihak zionis Israel. Tidakkah mereka ini jelas rasional atas permusuhan dan merosakkan dunia Islam dan dunia maniusia sejagat? Adakah kita boleh melipakan begitu saja asalkan boleh mendatangkan pendapatan negara?
Sekolah Tahfiz tu x kacau orang dan memecah-belahkan perkauman cuma tidak cukup setakat hafal kerana ia perlu lebih memahami apa yang mereka hafalkan! Dah perlu guna tenaga yang professional dan berusaha kearah kesejahteraaan negara. Jgnlah seperti negara India yang menganggap agam sebagai terrorist!

Anonymous said...

Mereka mengguna ilmu agama untuk menakutkan orang.

Bila kita cari pendekatan baru yang lebih sesuai di tuduh liberal...

Anonymous said...

Masalah sekolah Tahfiz ada lah sama dengan masalah negara yang di pimpin oleh Najib UMNO.

Rombakan besar-besaran perlu di lakukan kerana pemikiran dan pembawaan tenaga pengajar nya ramai yang kolot dan mengikut cara taliban.

Mempersoalkan Tok Guru atau ulama taraf Lobai yang memberi penjelasan yang tidak terrungkai di mati kan dengan taraf dan kedudukan mereka. Ia itu ini agama.. bukan semula perkara boleh di selesaikan mengguna otak.. Allah ada sebab begini begitu...

Tak perlu ramai pemimpin, Tok Guru atau ustaz yang menyeleweng ... dan menyokong isu pemimpin yang menjadi penyamun ....kahwin budak perempuan.. kerana perbezaan politik adik hina si abang.. kesilapan yang kecik pun merosakan kedudukan mereka.

Apabila ada suara yang minta menutup sekolah Tahfiz, jangan lah sekadar pertahankan dengan memaki orang tapi usahkan lah keseluruhan sistem yang tak sesuai menjadi perkara yang betul dan terbaik.

Hendak selamatkan sekolah Tahfiz buat apa yang Kerajaan buat dengan GLC.. Jangan libatkan orang politik !

Anonymous said...

Ted manoff...
#����������#

Anonymous said...

Penyokong2 tm ni banyak yg nampak lberal...
Zam.pula macam tak suka lambang yg ada kaitan dgn islam.
Agaknya klu hati dah hitam semua sign yg nmpak macam islam sikit akan menyesakkan nafas mereka. Tebalnya anti islam mereka. Mereka merasa panas bila orang islam memakai jubah dan atau apa2 saja simbol yg menggambarkan keislaman seseorang. Mereka merasa malu bila ada orang islam menghayati ajaran islam sepenuhnya. Bagi mereka memadai dgn nama islam sudah cukup... entah apa nak jadi dgn engkau Zam and the geng...

Anonymous said...


Assalamualaikum umat Islam.

Wahai umat Islam, marilah kita semua kembali kepada Islam dan bersatu padu menyokong perjuangan Islam yang berlandaskan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' yang sedang diperjuangkan oleh ulama dan pendakwah Islam dan NGO-NGO Islam dan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana agama Islam dan hak umat Islam di negara kita sedang diancam oleh puak munafik dan puak kafir harbi.

Dalam Islam terdapat 3 ciri-ciri orang munafik seperti yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya yang berbunyi.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم – قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:

" Tanda-tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia mengingkari, dan jika diberi amanah dia berkhianat" (HR. Al- Bukhari)

Orang-orang munafik yang mendakwa kononnya mereka beragama 'Islam' dan menggunakan nama 'Islam' atau Melayu tetapi hati mereka amat membenci dan memusuhi Islam dan umat Islam dan mereka mahu melemahkan atau memusnahkan Islam dan menyesatkan umat Islam dari dalam.

Maka kita tidak terkejut melihat puak munafik ini yang menganut ajaran sekularisme, liberalisme, pluralisme, feminisme, nasionalisme, atheisme, feminisme dll bebas melakukan kemungkaran dan kesesatan dan menentang, menolak, mempertikai dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam kerana semua ideologi buatan manusia itu adalah bertentangan dengan agama Islam.

Semenjak rejim pakatan berkuasa, kita melihat puak munafik ini dan sekutu kafir harbi mereka semakin berani menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam, parti Islam PAS dan umat Islam dan menafikan hak umat Islam dan mendesak rejim pakatan menghapuskan peruntukan untuk Islam dan institusi Islam seperti JAKIM, jabatan agama Islam, mahkamah Syariah, sekolah tahfiz dll.

Semua tindakan puak munafik ini menunjukkan mereka adalah musuh Islam dalam bentuk musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut yang sedang berusaha memusnahkan Islam dan menyesatkan umat Islam dari dalam. Puak munafik ini adalah lebih berbahaya dari kafir harbi.

PESANAN UNTUK UMAT ISLAM:

(1) Wahai umat Islam, kita perlu berhati-hati kerana puak munafik ini mempunyai hati hitam yang berkarat dan lidah biawak @ lidah bercabang yang tidak boleh dipercayai kerana mereka cenderung untuk menipu dan menyesatkan kita semua.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

(Al-Baqarah 2: 13-15)



(2) Ulama apa yang harus diikuti pada akhir zaman? Ini Jawapan Imam Syafi'i

Murid Imam Syafi'i bertanya:

"Ulama seperti apa yg kami harus ikuti di akhir zaman wahai guru?"

Imam Syafi'i menjawab: "Ikutilah ulama yg dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik."

"Dan jauhilah ulama yg digemari @ disukai oleh kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik."

(3) Jika orang munafik mati, jenazah mereka tidak boleh diuruskan sebagai jenazah umat Islam. Jenazah mereka tidak boleh disolatkan atau didoakan. Syaratnya ialah kemunafikan mereka sangat jelas.

Anonymous said...


Assalamualaikum tuan Ibnuhasyim yang dihormati dan dimuliakan,

Untuk kebaikan umat Islam, saya mohon Tuan Ibnuhasyim sudi menerbitkan komen saya July 8, 2018 at 7:03 PM sebagai artikel dalam blog tuan.

Nota: Saya telah menulis komen saya ini dalam ruang komen mindarakyat.blogspot.com. pada 8 Julai 2018 6:52 PTG.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Beruk2 ph dh start

Anonymous said...

Ted sbg org islam kita wajib mmpertahankan instutut islam, jgn kaitkan dgn politik, org yg belajar tahfiz jauh lebih mulia dr org2 politik, org yg mngaku islam takkan terdetik sdikitpun dihati nk tutp pusat pngajian islam, knp tak dicadangkan baiki dan permodenkan pusat tahfiz, knp nk ditutup, jgn kaitan pusat tahfiz dgn politik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails