Sunday, July 08, 2018

Tahniah Dr M! Dari PAS. M'sia Tidak Usir Pendakwah Bebas Dr Zakir Naik.

Dr. Zakir Naik
(Gambar fail) Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik menyampaikan ceramah berjudul 'Is The Qur'an God's Word?' di Stadium Hoki Nasional Bukit.


KUALA LUMPUR 7 Julai - Pas merakamkan ucapan tahniah atas tindakan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membenarkan pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik untuk terus berada di Malaysia sebagai warga pemastautin.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Dr. Mahathir selaras dengan kedudukan Zakir sebagai pemastautin tetap dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela dan mempertahankan maruah pendakwah Islam tersebut.


"Kenyataan tegas Perdana Menteri mempertahankan beliau adalah satu langkah tepat selaras dengan dasar Islam melindungi umatnya daripada menjadi mangsa penganiayaan dan kezaliman di mana sahaja.
"PAS tegas dengan prinsip menyokong dan mendokong segala tindakan makruf yang diambil oleh pihak kerajaan, dan menentang kemungkaran dan perpecahan. Ini adalah selaras dengan dasar budaya politik matang dan sejahtera dan konsep At-taawun yang diamalkan oleh parti," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.
Semalam Dr. Mahathir berkata, Kerajaan tidak akan menghantar pulang pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik ke India selagi beliau tidak menimbulkan masalah.
Dr. Mahathir berkata, penceramah itu tidak akan dihantar pulang kerana sudah diberikan status penduduk tetap negara ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus penghantaran pulang Zakir ke negara asalnya.-UTUSAN ONLINE 
Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengucapkan tahniah kepada Pas berikutan ucapan tahniah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Perdana Menteri yang membenarkan pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik untuk terus berada di Malaysia
Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Mohd. Asri turut berkongsi berita ucapan tahniah Tuan Ibrahim kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

"Semoga Allah mengeratkan ukhuwwah antara kita Umat Islam. Sama-sama kita mempertahankan golongan yang dizalimi," kata Mohd. Asri.
"Saya pula ingin mengucapkan tahniah kepada PAS. Semoga Allah merahmati kita semua umat Islam. Semoga Allah membimbing kita semua.
"Semoga Allah mengeratkan ukhuwwah antara kita Umat Islam. Sama-sama kita mempertahankan golongan yang dizalimi," kata Mohd. Asri.
Dalam hantaran hari ini, Tuan Ibrahim berkata, Kenyataan tegas Dr. Mahathir mempertahankan Zakir adalah satu langkah tepat selaras dengan dasar Islam melindungi umatnya daripada menjadi mangsa penganiayaan dan kezaliman di mana sahaja.
Menurutnya, PAS tegas dengan prinsip menyokong dan mendokong segala tindakan makruf yang diambil oleh pihak kerajaan, dan menentang kemungkaran dan perpecahan.
Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan mengusir pendakwah bebas Dr Zakir Naik selagi beliau tidak menimbulkan masalah.
Ini kerana menurut Dr. Mahathir, Zakir telah diberikan status pemastautin tetap di negara ini.-UTUSAN ONLINE

3 comments:

ted manoff said...

Ustaz zamihan pun bagus juga...zakir naik zakir turun xde hal..

Anonymous said...

klu india nk ambik zamihan ganti zakir.. u are most wanekemm.

zamihan tk diperlukn disini.

jgn lupa bawa nik abduh sekali.. dia agen cia.. sgt bahaya tu.

Anonymous said...

Ramai sayang kat nik abduh. Pewaris tgna. Insya Allah akan dakwah makhluq perosak spt uncle ted

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails