Sunday, July 08, 2018

Ahmadiah Bebas Tapi 'Sesat', Mufti P/Pinang Sambut Baik.


Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pengikut Ahmadiah boleh didakwa kerana menyebarkan ajaran itu kepada umat Islam lain.

GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang membenarkan pengikut Ahmadiah bebas mengamalkan ajaran mereka, walaupun mereka dilabelkan sesat oleh pihak berkuasa Islam di Malaysia sebelum ini.

Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keputusan itu sejajar semangat kebebasan beragama seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan aliran Ahmadiah tidak pernah diiktiraf sebagai umat Islam.

Katanya, keputusan mahkamah itu juga selaras keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-8 pada September 1984 yang pengikut Ahmadiah bukan umat Islam.

Oleh itu, katanya, pengikut fahaman Ahmadiah boleh dianggap agama lain, selain Islam.

“Ini bermakna mereka tidak boleh menerima hak-hak sebagai orang Islam, termasuk hak pengebumian dalam perkuburan Islam,” katanya kepada FMT.

Dalam penghakiman bersejarah semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tiada hak menghalang aktiviti keagamaan komuniti Ahmadiah di negeri itu.

Seramai 39 pengikut Ahmadiah dalam permohonan semakan kehakiman mereka mencabar Jais kerana cuba mendakwa mereka dengan kesalahan syariah, atas dasar pihak berkuasa agama Islam di Selangor tidak mengiktiraf Ahmadiah sebagai orang Islam.

Hakim berkata, fatwa yang diwartakan di Selangor pada 2001 mengisytiharkan pengikut Ahmadiah sebagai sesat dan Jais tiada bidang kuasa untuk menyiasat dan mendakwa mereka atas kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Islam Negeri.

Ajaran Ahmadiah diasaskan Mirza Ghulam Ahmad pada 1889 di kampung kelahirannya Qadian, di daerah Gurdaspur, Punjab, India. Beliau lahir pada 13 Februari 1835 dan meninggal dunia pada 26 Mei 1908 di Lahore, sebelum dipindahkan untuk dikebumikan di Qadian.

Kebanyakan umat Islam menganggap aliran Ahmadiah yang berdasarkan ajaran Mirza Ghulam Ahmad dari Qadian, India, sebagai sesat kerana pengikutnya percaya Mirza Ahmad ialah penyelamat.

Komuniti Ahmadiah mendakwa mempunyai puluhan juta pengikut di seluruh dunia. Ibu pejabatnya kini terletak di Britain.

Terdapat juga kehadiran ramai pengikut Ahmadiah di Pulau Pinang.

Wan Salim berkata, antara kepercayaan fahaman itu ialah Mirza Ahmad ialah nabi yang menerima wahyu dan mempunyai mukjizat.

Katanya, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang turut memutuskan pengikut Ahmadiah bukan umat Islam.

Beliau berkata, pihak berkuasa agama tidak boleh menghalang pengikut Ahmadiah mengamalkan ajaran mereka, tetapi mereka boleh didakwa kerana menyebarkan ajaran itu kepada umat Islam lain.

“Orang bukan Islam tidak boleh dihukum dengan hukuman murtad.”

MR : Mufti pun jadi pening semenjak PH menerajui negara. Rakyat boleh lihat siapa sebenarnya yang menjual agama... 

MINDARAKYAT

7 comments:

Hadigol said...

klu mufti tkde apa2 imbuhan dr kenyataan itu... itu bkn menjual agama.. mufti pun tkpernah sedondon dn peluk org ahmadiah. mufti pun tkpenah lupakn org ahmadiah bila mereka tkde kuasa.

ini masalah teknikal dn perundangan. jgn suka2 tuduh jual agama. klu kamu jd mufti pun kena ikut undang2. bkn blh emosi bunuh org2 ahmadiah.

ibnu politik tk matang. ini tk wala pd hj hadi tau.

Anonymous said...

Bukan mufti jual agama, tapi PH jual agama. Itu pon tak faham. bukan tak matang tapi bengong, diserkup tempurung anti Islam.
he he he i Islam.

Zulkhairi said...

Ini adalah isu undang2. Saya bagi perumpamaan begini. Bila co dah keluarkan surat pemberhentian kerja pada seorang bekas pekerja, bolehkah co nak DI-kan (bicarakan) pekerja yang sama di bawah tuduhan lain

Tentu tak boleh. Samalah kes ini. Kita dah fatwakan yang mereka BUKAN beragama Islam -- jadi kita dah tak boleh dakwa apa2 mereka lagi di mahkamah Syariah.

Kalau PAS perentah pun -- selagi undang2 tersebut tak diubah -- mahkamah akan membuat perkara yang sama.

Anonymous said...

Kalau tak tahu isu sebenar jng buat komen ini isu agama bukan isu hutang negara. Kalau tak tahu apa sebenar ahmadiah jng suka2 komen biar pihak yg berwajib buat keputusan sebab diakhirat pemimpin yg pertama dipersoalkan atas kerosakan didunia.

Anonymous said...

Komen suka-suka apa ? Fatwa dah kata mereka bukan beragama Islam tetapi di dakwa mengikut hukum syariah.

Anonymous said...


Yang salah ialah jika mereka menerima bantuan zakat, di beri ruang guna mesjid, bebas berceramah dan tercatat Islam dalam kad pengenalan mereka.

Mereka mengguna keputusan fatwa untuk mengelak di hukum dan rela dengan keputusan bukan Islam kerana pada mereka itu tak penting.

Mereka sepatutnya meminta pejabat pendaftaran membatalkan Islam dari rekod mereka dan meminta kerajaan menyedia tanah kubur untuk mereka sendiri.

Mereka mesti umumkan cara ibadat dan cara amalan mereka dan Apa kitab mereka ?

Anonymous said...

8.57am..
Betul tu. Terbaik..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails