
Aksi dari video yang menunjukkan Duterte merapati seorang wanita yang merelakan bibirnya dicium. - Media sosial
Dalam video tersebut, ciuman itu adalah sebagai balasan yang diminta daripada wanita itu setelah menerima buku yang diagihkan pemimpin berkenaan. Seramai lebih kurang 3,000 penonton dalam acara itu pula dilihat bersorak dan ketawa.
Wanita berkenaan, yang sudah berkahwin, mengaku bahawa dia amat teruja bertemu Duterte secara berdepan.
Selepas ciuman itu, Duterte memberitahu penonton: “Jangan ambil serius, Ini untuk suka-suka saja, satu gimik.”
Wanita yang mendedahkan identitinya sebagai Bea Kim itu kemudiannya memuat naik video di akaun Facebooknya dengan mengatakan bahawa: “Tiada niat jahat (dalam aksi bercium itu). Bagi saya, dan dirinya, ia tidak memberi makna apa-apa.”
Sebelum ini, Duterte pernah membuat jenaka tentang rogol terhadap wanita, hingga menerima bantahan kumpulan aktivis dan pemantau antarabangsa, termasuk anak bekas Presiden Amerika Syarikat, Chelsea Clinton.
Namun, setiap perbuatan Duterte terus menerima sokongan kuat daripada rakyat negaranya.
Pejuang hak asasi dan kehormatan wanita di Filipina baru-baru ini melancarkan kempen dalam talian #BabaeAko (Saya Wanita) untuk menyampaikan mesej bantahan terhadap segala kata-kata dan perbuatan Duterte yang merendahkan maruah wanita."Anda tidak perlu mencium seorang wanita jika hendak menghiburkan orang ramai," ujar Setiauaha Agung Parti Wanita Gabriela, Joms Salvador.

Komen Di bawah..
Anonymous said...Tun Mahathir Ajuk Najib Menari ! Hahaha .... - YouTube
Mahathir menyanyi, Najib menari - lagu Better Man? - ...
Mahathir menyanyi, Najib menari - lagu Better Man? - ...
