Saturday, June 09, 2018

Penyokong Anwar Risau, Dr M Lantik Azmin

Hasil carian imej untuk azmin ali

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengamanahkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan kuasa untuk mengawasi beberapa syarikat terbesar negara yang secara kolektif bernilai lebih RM1 trilion, menurut akhbar Singapura, The Straits Times.

Menurut laporan itu, langkah terkini memberi kuasa kepada Azmin boleh mencetuskan persaingan dalam parti komponen HARAPAN dan membolehkan Mahathir mendapat kelebihan ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar harian berbahasa Inggeris itu memetik sumber yang mengatakan syarikat-syarikat yang diletakkan di bawah pengawasan kementerian akan merangkumi gergasi minyak negara Petronas, dana pelaburan negara Khazanah Nasional dan pengurus hartanah Perbadanan Nasional Berhad.

Selain itu, bidang kuasa menteri hal ehwal ekonomi juga meliputi agensi yang bertanggungjawab terhadap kebajikan orang Melayu-Islam seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tabung Haji serta unit dan jabatan kerajaan yang membantu usahawan Melayu.

Felda dan Tabung Haji yang dicemari pelbagai skandal berprofil tinggi semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Bidang kuasa ini begitu luas yang merancang untuk menempatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah menteri hal ehwal ekonomi kemungkinan akan dibatalkan," kata sumber yang biasa dengan penstrukturan semula berkenaan.

Laporan itu menyebut bahawa Mahathir telah membuat "isyarat besar" untuk melantik Azmin kerana pemindahan Petronas, Khazanah dan lebih daripada 60 syarikat lain - sebelum mengambil kira mana-mana subsidiari (anak syarikat)- akan menjadi satu proses rumit yang mungkin memerlukan pindaan undang-undang serta kelulusan parlimen.

Laporan itu mendakwa tindakan Mahathir itu sebagai satu lagi strategi "dasar pecah dan perintah" selain berkata ini kerana partinya BERSATU hanya menang 13 kerusi parlimen manakala PKR mendapat 49 kerusi - kerusi paling banyak di antara parti komponen HARAPAN.

Laporan itu berkata Azmin dilantik jawatan menteri utama walaupun cubaan PKR untuk mendapatkan satu daripada empat portfolio utama - kewangan, kementerian dalam negeri, pertahanan atau pendidikan - ditolak semasa peringkat awal rundingan.

Menurut laporan itu lagi, langkah Mahathir memberi kuasa kepada Azmin telah mencetuskan kerisauan di kalangan penyokong Anwar.

Laporan itu turut mendakwa Azmin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjadi sebahagian daripada kumpulan pesaing dalam PKR yang menghadapi Anwar dan isterinya, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, Anwar sendiri dalam pertemuan rasmi pertama dengan pemimpin PKR sejak dibebaskan daripada penjara pada awal minggu ini, mengingatkan mereka untuk memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran Mahathir.

Selain daripada pelantikan Azmin dan mengukuhkan sokongan parti HARAPAN, The Straits Times juga berkata Mahathir telah mengorak langkah memecah-belahkan barisan pembangkang melalui pertemuan baru-baru ini dengan pemimpin tertingginya - pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg.

Laporan itu mengatakan langkah-langkah sedemikian mengingatkan strategi Mahathir sendiri yang telah dilaksanakan semasa beliau menjadi presiden Umno.

"Mahathir ialah jaguh catur yang sempurna dalam hal berkenaan.

"Apabila politik perkauman berada pada tahap yang tinggi, beliau memastikan selain daripada orang Melayu, setiap komuniti akan mempunyai dua komponen BN yang bercanggah untuk mewakili suara mereka, bukannya menentang penguasaannya," kata penasihat utama Pacific Research Centre, Oh Ei Sun.
MINDARAKYAT

2 comments:

Anonymous said...

NO HAL bro!lantikkan azmin dapat restu DSAI.Hanya new straght time sgpore mainkan issue ini.sgpore cukup takut thhheory domino akn merebak ka sgpore,sebab kerajaan sgpore dengar ceritanya akn naikkan gst.mereka goyang dgn kerajaan baharu malaysia berjaya hapuskan gst,,,cuba2lah kaji keluhan rakyat sgpore ,djangka rakyat sgpore akan ikut jejak rakyat malaysia.

Anonymous said...

Anwar ibrahim ni..sejak keluar jail..lebih sudu dari kuah. Sembang saje lebih but no substance, habuk pun tarak,..jadilah dia "PM in-waiting, FOREVER Waiting"...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails