Thursday, June 07, 2018

Korea Selatan Tak Keluarkan Visa Kahwin Sejenis. M'sia?


gambarHiasan

SEOUL- Kerajaan Korea Selatan enggan mengeluarkan visa imigresen perkahwinan (F-6) kepada seorang lelaki British yang mengahwini pasangannya, seorang lelaki Korea di Britain tiga tahun lepas.
Kementerian Keadilan berkata, ia telah menolak permohonan Simon Williams-Im bagi mendapatkan visa berkenaan kerana undang-undang Korea tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
“Sama ada rakyat atau masyarakat menerima, perkahwinan sejenis memerlukan pertimbangan yang teliti dan komprehensif dari pelbagai faktor seperti interpretasi nilai perlembagaan di dalam definisi perkahwinan dan perkara ini memerlukan konsensus nasional,” kata kementerian tersebut sebagai maklum balas terhadap permohononan Williams-Im kepada Presiden Moon Jae-in.
Perkahwinan sesame jenis masih tidak diiktiraf perlembagaan di negara tersebut walaupun beberapa ahli parlimen telah mencadangkan supaya satu draf undang-undang dibentangkan bagi membenarkan perkahwinan tersebut beberapa tahun lalu.- MalaysiaGazette.
Hasil carian imej untuk kahwin sejenis
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya yakin Malaysia di bawah kerajaan PH, lambat laun akan lulus seperti Korea Selatan juga.

3 comments:

Anonymous said...

Tak mungkin selagi PAS ada.

Hanya PAS satu-satu nya Parti yang boleh mengumpul berpuluh ribu orang Melayu Islam berdemonstrasi untuk membantah.

Apa yang di yakin kan itu lah yang akan terjadi.. betul tak ?

Anonymous said...

Melayu melayu...kembali lah kepada ajaran Islam....sedarlah asal usul kamu

Anonymous said...

memang mahathir nak hancurkan islam dari dulu dah mat sabu (ketika dia dialam PAS sering ulang kenyataan ni) tak tahulah kalau sekarang Mat Sabu turut menjadi penyokong tegar untuk menentukan kehancuran islam. Blogger Tukar Tiub (Hishamudin Rais) penyokong tegar Islam Liberal seperti Siti Kassim (anak Kassim Ahmad Kominis Laknat)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails