Thursday, June 07, 2018

Mana Baik, Jutawan 'Implan Silikon Zakar Palsu Anjing' Atau Kilang Arak?



Jutawan 'Implan Silikon Zakar Palsu Anjing

IA kedengaran seperti sesuatu yang pelik tapi itulah yang menjadikan Gregg Miller sebagai jutawan. Apa yang menyebabkan dia menjadi kaya? Miller, 64, yang berasal dari Missouri telah mencipta implan silikon untuk zakar palsu bagi binatang.

Implan yang dikenali sebagai Neuticles itukini menjadi popular dan dijual pada harga RM517 setiap satu. Setakat ini 500,000 set telah dijual dan terdapat 32 pelabur yang membelanjakan sebanyak RM390,000 untuk membangunkan alat berkenaan.

Semasa mula-mula diperkenalkan, ia tidak begitu menarik perhatian sehingga tempoh lima tahun namun kini permintaan terhadapnya semakin meningkat.


“Ujian pertama dilakukan ke atas 30 ekor anjing dan ia tidak menghadapi sebarang masalah. Alat ini pertama kali dijual secara komersial pada 1995

“Ibu bapa saya menganggap saya gila. Semua orang tahu ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dibayangkan langsung. Tiada pencetak yang mahu menerbitkan material mengenainya,’’ kata Miller ketika menceritakan mengenai pengalamannya memulakan perniagaan terbabit.

Dia kemudiannya membeli iklan dalam majalah khusus untuk anjing dan turut menawarkan Neuticles secara percuma kepada orang ramai. Akhirnya perniagaan itu semakin berkembang dan dia mula mendapat kira-kira 250 ke 500 maklum balas setiap hari.

Apa yang pasti, idea Miller ini boleh dianggap sebagai gila namun ia cukup untuk menjadikan dia kaya. – Mynewshub.cc

Ini Pula Jutawan Kilang Arak? 


Betulkah Ini.. Acapkali kita terdengar isu berhubung sebuah syarikat yang mengeluarkan arak dan kaitannya dengan anak mantan Perdana Menteri Malaysia Ke- 4, Mirzan Mahathir.

Sungguhpun begitu, apakah ada diantara kita yang cuba memahami dan menyelidik maklumat yang diterima itu sebelum diterima bulat- bulat?
Bagi yang berhajat memahami, admin kongsikan info berhubung isu tersebut;

1. Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

2. Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagaiPresiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan . 

3. Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya. 

4. Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filifina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain. 

5. Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp (http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/

Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan. 

Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation. 

Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina. 

Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/ INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTU R, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.

6. Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan. (sumber :http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

7. Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

8. “Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

9. Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”

11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan” -Sumber

Soalnya sekarang, mana baik, jutawan 'Implan Silikon Zakar Palsu Anjing' atau 'Kilang Arak? Lihat dari sudut pandangan kamu sendiri.. (IH)

15 comments:

Anonymous said...


Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Oleh yang demikian, saya beralih pula kepada persoalan kakitangan Melayu Islam yang berkerja di kilangnya. Keadaan mereka, lebih-lebih lagi memandangkan bulan Ramadhan sudah menjelang, perlu diambil tahu. Walaupun mereka berkerja di kilang arak, sebagai pendakwah, maka tidak seharusnya terlalu cepat menghukum dan memutuskan hubungan dengan mereka. Mereka orang Islam dan usaha untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya penghayatan mereka terhadap Islam perlu dilakukan sepertimana ianya dilakukan terhadap seluruh anggota masyarakat, tanpa mengira latar belakang pekerjaan mereka.

Saya difahamkan bahawa adanya surau di kilang tersebut dan dalam masa yang sama terdapat juga Persatuan Kebajikan Islam. Ketua persatuan pekerja, menurut belia ialah seorang Melayu.


Sumber: http://www.khalidsamad.com/2010/08/lawatan-kerja-ke-kilang-carlsberg.html


KOMEN:

Yang jelas Allah dan RasulNya mengharamkan arak maka Islam tidak bertoleransi dengan arak jika arak melibatkan umat Islam !

Allah telah berfirman yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maaidah 5:90)

ikan said...

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu beberapa undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan, Undang-undang GST dan Bajet 2016.

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun.
#janganponteng

Anonymous said...

Mereka tak tahu subahat arak adalah dosa besar, anda (blogger) pun tak tahu MEMBURUK2KAN ORANG LAIN JUGA SATU DOSA BESAR.

sayednoordin said...

Semua manusia ada dosa....keci k atau besar...baik yg mengata... atau yg.dikata...ingatlah...!

Anonymous said...

Ini cerita lama .. buat-buat Mirzan dah tak terlibat lama dulu kerana takut kan dosa, tak ke sia-sia hamba Allah Hasyim ini tanggung dosa.

Yakin ke Mirzan masih terlibat dengan perniagaan arak.

Jangan berselindung dengan kata-kata
"Sungguhpun begitu, apakah ada diantara kita yang cuba memahami dan menyelidik maklumat yang diterima itu sebelum diterima bulat- bulat?"

Sebelum siarkan cerita Tuan Blog lah yang perlu menyelidik maklumat ini dari mana dan ada kah masih baru lagi.?

peminat ibnu hasyim said...

Kesemua kakitangan Kemas akan dikekalkan, Akan PECAT jika DEGIL, TERUS AKTIF dalam UMNO


MENTERI Pembangunan Luar Bandar Rina Harun memberi amaran akan memecat kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berdegil untuk terus aktif dalam parti.

Katanya, kakitangan berkenaan harus memilih secara sukarela sama ada mahu terus berkhidmat dengan Kemas atau kekal dalam jawatan parti.

Tegasnya seramai 600 kakitangan Kemas yang dikenal pasti terlibat aktif dalam Umno itu harus kembali menumpukan kepada usaha mendidik kanak-kanak tabika bawah seliaan jabatan tersebut.

“Yang 600 ini kebanyakan mereka mempunyai jawatan seperti ketua bahagian, ketua cawangan, di peringkat ahli jawatankuasa, ketua puteri dan wanita (Umno).

“Jadi kita beri kata dua kepada mereka, sudah tentu kita mahu mereka sebagai kakitangan Kemas kembali tugas hakiki mendidik anak-anak,” katanya.

Bagaimanapun, kesemua kakitangan Kemas akan dikekalkan, katanya dalam sidang media selepas program Turun Padang di Tabika Kemas, di Kampung Olak Lempit, di Banting.

Jelasnya, ia meliputi 10,253 orang di jawatan kontrak dan 7,286 yang diserap dari jawatan kontrak ke jawatan tetap di jabatan bawah kementeriannya itu.

“Kita telah kenal pasti kesemua mereka ini tidak ada lantikan politik kerana urusan pengambilan mereka melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Kalau kita berhentikan mereka siapa pula nak menjaga sebanyak 220,300 pelajar Kemas. Lagipun mereka semua kelayakan 70 peratus daripada guru Kemas ini ada Diploma Pendidikan Awal Kanak- Kanak.”

Amarannya itu merupakan salah satu langkah kerajaan Pakatan Harapan untuk mengikis saki baki jawatan lantikan politik tinggalan Barisan Nasional (BN).

Jabatan Kemas sebelum ini sering disalahguna untuk tujuan politik kepartian oleh BN dan dijadikan menjadi jentera kempen untuk menentang pembangkang.

Tambah menteri itu, perjumpaan dengan kesemua guru Tabika Kemas akan diadakan selepas raya ini.

Sementara itu seorang kakitangan Kemas yang ditemui The Malaysian Insight, Mohd Affendy Amiruddin menjelaskan penglibatan mereka dalam parti politik sebenarnya adalah perkara biasa.

Beliau yang sebelum ini pernah memegang jawtaan sebagai ketua Pemuda Umno cawangan berkata, keterlibatan kakitangan Kemas dalam politik adalah kerana mereka yang paling dekat dengan masyarakat.

“Dulu kalau yang terlibat dalam parti tidak pernah jadi masalah, sebab kerajaan dan jabatan selari, tapi kini kerajaan sudah bertukar.

“Macam saya pun sudah lepas jawatan, apapun kita kena ingat peranan Kemas adalah berkhidmat untuk kerajaan hari ini." – TheMalaysianInsight, 7 Jun, 2018
celahgelegar at 1:41 PM

Anonymous said...

Adakah ini salah pak ibnu hasyim? Utusan akn kurangkn pekerja sehingga 50 peratus.vss dh diwujudkan sebagai langkah jimat cermat seperti yg tun buat.harakah bakal menyusul??

Anonymous said...

kpd June 7, 2018 at 3:43 PM

Al-Hamdulillah tuan kasi tau maklimat. Mari kita sama-sama bantu tuan Ibni Hasyim sampaikan maklumat dan kebaikan.

Anonymous said...


Di negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia, rakyat mempunyai hak kebebasan untuk bersuara dan berpolitik.

Jika rejim pakatan melarang rakyat (termasuk kakitangan awam) berpolitik, ini bererti rejim pakatan menolak prinsip demokrasi dan hak rakyat untuk bersuara dan berpolitik.

Apakah jenis rejim pakatan ini?

Anonymous said...


Kerajaan UMNO BN tidak pernah memecat kakitangan awam yang menyokong pembangkang, mengapa pula rejim pakatan sibuk memecat kakitangan awam?

Anonymous said...

Kerajaan PAS Kelantan juga tidak memecat kakitangan kerajaan negeri Kelantan yang menyokong BN dan PH.

salimi said...

kalau cerita bab burit owner blog ni paling hebat

Anonymous said...

Otak blue. Manusia pengotor masyarakat.

Anonymous said...

Belajar rajin2 siapkan keje sekolah. Tidur awal nnt sampai sekolah lewat. Jgn bawak handphone. Jangan buli dan gaduh2.
#ketuapengawasnegara

Anonymous said...

Dan kamu pembacanya yg setia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails