Saturday, June 09, 2018

Lagi Kroni Mahathir Bina ‘Airport’ Tioman RM1.2 Bilion?




PANAS… Selepas gempar berita kroni Tun Dr. Mahathir Mohamad bina projek mewah di Langkawi, Kedah bernilai RM30 bilion, kini seorang lagi kenalan beliau muncul dengan satu lagi projek mega.

Bagaimanapun berbeza dengan Tan Sri Ting Pek Khiing yang memajukan projek hartanah Langkawi New City seluas 81 hektar di pulau legenda Mahsuri itu, kali ini Tan Sri Vincent Tan pula tampil membangunkan Tioman, Pahang.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya itu dilaporkan media bakal membina sebuah lapangan terbang baharu di pulau berkenaan dengan kos RM1.2 bilion dan mendakwa ia langsung tidak menggunakan sumber dana kerajaan.
Sebaliknya Vincent; yang pernah jadi bahan berita kerana anjur parti hari lahir Mahathir ke-90 dengan gaya mewah pada tahun 2015 lalu, menjelaskan konon projek prasarana itu dibiayai dana dalaman syarikat dan pinjaman bank.
“Kami sedang tinjau projek infrastruktur di Tioman dan akan mencadangkannya kepada pihak kerajaan. Kami mahu biayai sendiri projek ini dengan pinjam daripada bank. Kami cuba tidak mahu membebankan kerajaan,” kata beliau.
Hartawan syarikat perjudian ternama tempatan itu mendakwa kononnya pembinaan lapangan terbang baharu itu bakal melibatkan kerjasama dengan pihak berminat kerana kedudukan kewangan kerajaan ketika ini tidak stabil.
Ironinya, Vincent dilaporkan pada satu sidang media khas di ibu negara semalam berkata, syarikatnya akan ‘swasta’ projek tersebut dan pihak kerajaan pula boleh mengaturkannya untuk memudahkan segala urusan pembiayaan.
Dalam bahasa mudah, beliau membayangkan projek itu adalah percuma kerana pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir tidak perlu keluar duit walau satu sen pun, tetapi masih harap balasan lain daripada kerajaan.
Untuk rekod, Lapangan Terbang Tioman sedia ada di Kampung Tekek yang diuruskan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mencatatkan kurang 10,000 penumpang dan lebih 1,000 penerbangan pesawat ringan setahun.
Secara kebetulan, sebahagian besar pesawat keluar masuk iaitu lima kali seminggu ke pulau itu melibatkan syarikat penerbangan Berjaya Air milik Vincent berpusat di Lapangan Terbang Sultan Abdulaziz Shah, Subang, Selangor.
Syarikat beliau juga terlibat aktif dalam menguruskan Berjaya Hotel di Tioman sekali gus menggambarkan pengaruh besar Vincent sendiri di pulau kecil yang seluas cuma 136 kilometer persegi dengan hanya 1,000 penduduk itu.
Namun, apa jadi persoalan ialah kos lapangan terbang baharu itu amat besar walhal Habsyah, sebuah negara miskin di benua Afrika pula mampu mewujudkan tiga buah lapangan terbang yang moden dengan kos cuma RM300 juta.
Sekadar perbandingan, lapangan terbang antarabangsa Roatan di Honduras, sebuah negara kecil di Amerika Latin yang mampu terima pesawat Boeing 757 pun dapat dibina dengan kos serendah RM4 juta pada tahun 2001 lepas.
Bahkan, kerajaan India dilaporkan media tempatan pernah menyiapkan sejumlah lapan buah lapangan terbang baharu di seluruh negara tersebut dalam tempoh sedekad sahaja dengan kos keseluruhan sebanyak RM200 juta.
Justeru, mungkin kos RM1.2 bilion untuk bina lapangan terbang baharu Tioman mencetuskan tanda tanya sama ada angka itu terlalu besar bagi sebuah pulau yang lebih kecil daripada Langkawi sendiri? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
*Video bawah sekadar hiasan…

5 comments:

Anonymous said...

ibnu ha, lu kasi lawan sama itu vincent tan moleh ka? Lu ha, c/p itu newshub tempek sini mali apa guna ho? mau kasi olang melayu marah ha, galoh sama cina ho, lagi maik lu poling semua kaya2 umno punya melayu ha, kasi hantam itu cina vincent milioner, rebut itu projek dari dia ok! lu olang ada wang ka...... manyak suwey ho, lu separuh kerat jalan buisnessman punya olang
manyak cakap ooo.......
itu newshub repoter bolo lu pon selupa bolo ka ibnu? dia komnpare itu ikan buntal sama ikan kulau lo, lulian compare sama kelapa,kepala lu ada butut ho?

lu refer sama itu PPP dr zuhdi lulu ma befoe publish, dia dr ma, manyak panlai itu olang.....

Anonymous said...

"Walaupun pilihan raya umum (PRU) ke-14 sudah hampir sebulan berlalu, namun masih terdapat suara sumbang yang cuba mewujudkan kembali ketegangan politik dengan memutarkan semula isu perkauman. "Kenyataan terkini daripada Mohd Zuhdi yang menuduh dan memfitnah kerajaan HARAPAN yang kononnya cuba menjayakan agenda Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP sama sekali tidak dapat diterima," katanya dalam kenyataan hari ini. Zulkifli turut menyifatkan kenyataan Mohd Zuhdi itu sebagai memperlihatkan 'krisis pemikiran' dan 'penyakit jiwa yang semakin kronik' yang bersarang di dalam hati sebahagian pemimpin PAS. "Mereka seakan-akan masih tidak dapat menerima realiti bahawa politik sempit berteraskan perkauman dan agama sudah ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini," katanya. Terdahulu, Mohd Zuhdi mendakwa tema yang ditonjolkan kerajaan baru adalah 'satu perubahan rupa bentuk negara yang dahulunya berasaskan kontrak sosial kepada asas yang baru.' Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu juga mendakwa, melalui asas baru itu, kerajaan HARAPAN tidak memberikan keistimewaan kepada kaum atau agama tertentu. Mengulas dakwaan itu, Zulkifli menyifatkan ia sebagai tuduhan liar dan tak bertanggungjawab.

PPP Dr Mohd Zuhdi wajib ke Tadika Sains Politik dulu!

Anonymous said...

Memg betul apa yg di utarakan oleh dr zuhdi sebab ianya dah mula berjalan takkan tak dapat lihat. Yang paling ditekan sudah tentu islam bukalah minda sekarang kes 1mdb tak berapa panas dah tapi jakim dah digangu dendan tuntukan mereka untuk bubarkan jakim dan intitusi beraja dah mula disentuh seperti apa yang didedahkan oleh kadir jasin betuk ke tidak janji sebar dulu.

Anonymous said...

Mereka dah berjaya mengurangkan pengaruh pas dengan fitnah2 yang disebarkan sekarang jakim dan raja2 melayu lepas ini apa pulak.

Anonymous said...

Betul tu, apa yg diutarakan sudah nmpak sedikit demi sedikit, dap takkn melaksanakan semua agenda dalam masa terdekat ttp mereka akan melaksanakan secara halus untuk mngaburi mata org melayu,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails