Tuesday, June 05, 2018

Hina Agong: Peguam Buat Laporan Polis.

Hasil carian imej untuk Datuk Abu Backer Sidek Mohamad Zan


BANGI, 19 Ramadan 1439H, Isnin – Peguam dan pemerhati politik, Datuk Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat laporan polis berhubung kenyataan menghasut dan menghina segelintir pengguna media sosial terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Menurut Abu Backer, laporan yang dibuat beliau di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini adalah susulan kenyataan menghina netizen terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pelantikan Peguam Negara.
Beliau berkata, kenyataan dan perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong perlu dikawal bagi mengelak perkara buruk berkaitan perkauman berlaku.
“Terdapat juga amaran diberi terhadap Yang di-Pertuan Agong bagi melantik segera Peguam Negara. Malah, ada juga beberapa individu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Yang di-Pertuan Agong.
“Jelas sekali kenyataan ini mencabar institusi diraja di Malaysia kerana boleh mengundang rasa marah dan kebencian antara kaum,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Justeru, beliau meminta supaya pihak polis segera menjalankan siasatan dan tangkapan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.
Isu berkenaan mula timbul selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon pekenan Yang di-Pertuan Agong supaya Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipecat, dan digantikan dengan peguam kanan Tommy Thomas.
Bagaimanapun sehingga hari ini, istana belum memberi sebarang jawapan. (www.ismaweb.net)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails